SEORANG lelaki dirakam memecah masuk perkarangan sebuah rumah dalam kejadian di perumahan Taman Gembira, Banting, Selangor pada Isnin.
Kejadian yang tular sejak Rabu menunjukkan gelagat suspek memantau keadaan sekeliling untuk mengelak identitinya dapat dikesan.
Selepas persekitaran berada dalam keadaan lengang, suspek yang mengenakan helmet bertindak memasuki beranda rumah mangsa dengan memanjat tembok yang berada di bahagian kanan rumah terbabit.
Turut dilihat, lelaki itu terus berjalan menghampiri rak kasut sebelum dipercayai merembat sepasang kasut berwarna hitam.
Selang beberapa saat, dia terus bergegas ke arah ampaian baju untuk mengambil beberapa seluar dalam yang disidai.
Dalam pada itu, dia turut memerhati barangan lain yang boleh diambil sebelum bergegas memanjat tembok untuk beredar dari kawaan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur apabila barangan yang diambil bukanlah sesuatu barangan yang mewah.
"Ya ALLAH mahu buat apa seluar dalam tu," tulis Siti Aisyah IV.
"Buat hal betullah kau, tak mampu tak payah pakai. Tenang sahaja. Di TikTok RM20 dapat lima keping wei. Alahai, kalau kena tangkap buat malu sahaja. Tujuh keturunan cerita tak habis," tulis Sifu Ecam Warnanyata.
"Kesian, spender pun tidak mampu mahu beli, parah sangat-sangat sudah ini," tulis Janna Melissa Abdullah Tair.
Setakat berita ini ditulis, belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram