Pemakaian pelitup muka perlu diperketatkan susulan peningkatan kes Covid-19


  • Massa
  • Khamis, 14 Dis 2023

Pemakaian pelitup muka yang perlu diperketatkan kembali susulan peningkatan kes Covid-19 di Malaysia. — The Star

RAKYAT Malaysia digesa untuk mengambil langkah berjaga-jaga susulan peningkatan kes Covid-19 sejak minggu lalu.

Justeru, pakar kesihatan mencadangkan bahawa sudah tiba masanya untuk masyarakat kembali meneruskan pemakaian pelitup muka sebagai langkah keselamatan.

Langkah tersebut juga perlu diambil terutamanya apabila di kawasan terbuka seperti pengangkutan awam atau lokasi tumpuan ramai bagi memastikan wabak virus itu tidak merebak.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan menyatakan jumlah kes Covid-19 melonjak daripada 6,796 kepada 12,757 kes pada.

Bukan itu sahaja, sebanyak 11 kes kematian direkodkan antara 3 Disember dan 9 Disember lepas.

2434882

Galakkan pemakaian pelitup muka di tempat awam. — Gambar hiasan

Dr Muhammad Radzi berkata, walaupun terdapat peningkatan kes baharu, keadaan keseluruhan masih terkawal dan tidak menjejaskan kemudahan penjagaan kesihatan yang sedia ada.

"Kebanyakan kes melibatkan simptom ringan dan tidak memerlukan kemasukan ke hospital. Bagaimanapun, peningkatan hampir dua kali ganda itu juga telah menimbulkan kebimbangan ramai," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pakar Amalan Perubatan Swasta Malaysia, Datuk Dr Balwant Singh Gendeh berkata, warga emas dan mereka yang menghidap hipertensi, asma dan kanser adalah antara golongan yang mudah terdedah kepada wabak tersebut.

“Oleh itu, pelitup muka akan membantu melindungi orang lain dan mencegah kes Covid-19 daripada meningkat,” katanya.

Menteri Kesihatan yang baru dilantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad juga digesa mengambil tiga langkah bagi membendung penularan semula Covid-19.

Screenshot (25)

Pemakaian pelitup muka juga diharuskan di pasar raya atau pusat beli-belah. — Gambar hiasan/Bernama

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, kementerian perlu mengeluarkan garis panduan pencegahan pandemik terkini untuk pengusaha perniagaan, terutamanya dalam industri runcit dan katering kerana melibatkan jumlah orang yang ramai.

“Selain itu, pengendali perniagaan digalakkan untuk menyediakan perkhidmatan dalam talian.

"Beberapa SOP era pandemik yang ketat untuk pengguna pengangkutan awam juga perlu dilaksanakan kembali. Kementerian perlu menyediakan garis panduan dan cadangan terkini kepada orang ramai sama ada perlu melakukan suntikan penggalak lanjut terhadap Covid-19," katanya.

Pada masa sama, Prof Dr Moy Foong Ming dari Jabatan Perubatan Sosial dan Pencegahan Universiti Malaya turut menegaskan bahawa memakai topeng masih merupakan langkah kesihatan awam yang baik.

“Bagi mereka yang mempunyai simptom seperti selesema, memakai pelitup muka akan menghalang mereka daripada menjangkiti orang lain terutama warga emas.

"Malah, mereka yang mempunyai imuniti rendah amat digalakkan memakai pelitup muka di persekitaran tertutup atau kawasan yang mempunyai pengudaraan kurang baik,” katanya.

Sementara itu, sehingga 11 Disember, terdapat 20,017 kes aktif dengan 446 kes di hospital yang ditunjukkan menerusi laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKMNow). — The Star/Imran Hilmy Dan Fazleena Aziz

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram