KES Covid-19 mencatatkan semula kenaikan apabila sebanyak 12,757 kes baharu dilaporkan di seluruh negeri setakat 9 Disember.
Malah, isu penularan Covid-19 kini kembali berbangkit di media sosial sehingga mengundang kepanikan rata-rata masyarakat, tambahan pula musim perayaan dan cuti sekolah yang hampir tiba.
Berikut adalah lapan langkah yang boleh dilakukan untuk mencegah penularan virus Covid-19:
1. Basuh tangan dengan betul menggunakan air yang mengalir dan sabun adalah cara paling mudah yang dapat dilakukan seseorang. Perkara ini perlu dilakukan selama 20 saat. Pastikan semua bahagian tangan dibasuh dengan bersih, termasuk belakang tangan, pergelangan tangan di antara jari dan kuku. Selepas itu, keringkan tangan menggunakan tisu, tuala bersih atau pengering tangan.
2. Dapatkan vaksin Covid-19 amat penting untuk memjaga imunisasi seseorang agar badan lebih kuat melawan virus Covid-19.

Orang ramai digalakkan memakai pelitup muka bagi mencegah penularan kes Covid-19.
3. Pemakaian pelitup muka jenis topeng bedah (kegunaan medikal) dan topeng N9. Topeng yang lebih disyorkan untuk digunakan oleh orang ramai adalah topeng bedah, manakala topeng N95 disyorkan untuk digunakan sebagai alat pelindung diri (PPE) bagi pekerja perubatan.
Topeng bedah ialah topeng pakai buang yang sering digunakan kerana lebih mudah didapati, berpatutan dan selesa dipakai. Cara memakai topeng pembedahan yang betul ialah bahagian topeng yang berwarna mesti menghadap ke luar, manakala bahagian dalam yang putih menghadap muka dan menutup dagu, hidung dan mulut. Bahagian putih diperbuat daripada bahan yang boleh menyerap kotoran dan menapis kuman dari udara.
Walaupun ia tidak sepenuhnya berkesan dalam mencegah virus, penggunaan topeng masih boleh mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit, termasuk jangkitan virus Covid-19. Anda juga dinasihatkan untuk terus memakai topeng apabila berada di tempat yang tertutup dan sesak.

Pengambilan sayur-sayuran penting untuk membantu pencegahan Covid-19.
4. Mementingkan gaya hidup yang sihat dari segi pengambilan pemakanan berkhasiat dan penjagaan tubuh badan. Seseorang perlulah menitikberatkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, dan makanan berprotein seperti telur, ikan dan daging tanpa lemak. Ini dilakukan untuk meningkatkan sistem imun tubuh agar mampu mencegah pelbagai penyakit.
Selain itu, bersenam secara teratur, tidur yang cukup, tidak merokok dan tidak mengambil minuman beralkohol juga boleh meningkatkan daya tahan tubuh bagi mengelak penularan virus Corona.
5. Menjaga jarak dengan seseorang (physical distancing). Sekatan fizikal atau penjarakan fizikal adalah salah satu langkah penting untuk memutuskan rantaian penyebaran virus Covid-19. Penjarakan sosial dijalankan dengan menjaga jarak minimum 1 meter daripada orang lain dan sentiasa menggunakan topeng terutamanya ketika melakukan aktiviti di tempat awam atau orang ramai.
6. Batuk dan bersin dengan betul untuk mengelak jangkitan virus dan kuman kepada seseorang. Jika tisu tidak tersedia, anda boleh menutup hidung dan mulut dengan menggunakan siku atau dengan menggunakan tangan. Pastikan selepas itu anda membasuh tangan serta-merta kerana virus Covid-19 boleh berjangkit melalui titisan.
7. Hadkan hubungan dengan orang lain apabila sakit. Jika seseorang mengalami simptom ringan Covid-19 seperti batuk, hidung berair atau demam, anda dinasihatkan untuk berehat selama beberapa hari sehingga keadaan bertambah baik. Perkara itu penting dilakukan untuk menyokong proses pemulihan dan mencegah penularan virus kepada orang lain. Sementara itu, jika anda mengalami simptom Covid-19 yang teruk, seperti sesak nafas, lemah, kurang selera makan, dan bibir kelihatan kebiruan, anda perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
8. Bersihkan rumah dengan kerap, selain daripada kebersihan diri dan jaga kebersihan rumah anda. Ini penting untuk memastikan udara yang didiami seseorang dalam keadaan yang berkualiti. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
