[VIDEO] Penunggang motor sempat elak, nyaris langgar lampu isyarat tumbang di Shah Alam


  • Tular
  • Ahad, 10 Dis 2023

Tangkap layar video memaparkan lampu isyarat yang jatuh menghempap sebuah kereta di Shah Alam pada Sabtu.

INSIDEN tidak terduga berlaku apabila lampu isyarat di persimpangan hadapan Menara U, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor secara tiba-tiba jatuh menghempap sebuah kereta pada Sabtu.

Menerusi rakaman video dashcam salah sebuah kereta di lokasi itu, kejadian berlaku ketika kesemua kenderaan sedang berhenti kerana lampu isyarat masih merah.

Namun, dalam beberapa saat, lampu isyarat di kiri jalan dilihat dengan perlahan tumbang ke atas bumbung kereta terbabit sehingga hampir mengenai seorang penunggang motosikal yang lalu di lokasi kejadian.

Melalui video yang tular di media sosial sejak pagi Ahad, penunggang motosikal itu bagaimanapun sempat mengelak daripada terlanggar tiang tersebut dan meneruskan perjalanannya.

Pada masa sama, bumbung kereta berkenaan dilihat tidak mempunyai kerosakan teruk, namun jumlah kerugian dan keadaan pemandu tersebut tidak dapat dipastikan.

Setakat berita ini ditulis masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram