PERKESO jamin khidmat pencarum, majikan tidak terjejas ekoran serangan siber


  • Primer
  • Jumaat, 08 Dis 2023

PERKESO memberi jaminan kepada orang ramai bahawa tidak akan terencat segala perkhidmatan kepada orang ramai.

PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (PERKESO) memberi jaminan sistem, pangkalan maklumat dan laman sesawang agensi itu yang diserang penggodam sejak Sabtu lepas, tidak akan merencatkan khidmat kepada pencarum, majikan serta orang ramai.

PERKESO dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan segala pembayaran faedah, pampasan dan pencen ilat kepada pencarum serta waris terlibat akan tetap dilaksanakan mengikut tempoh yang diperuntukkan.

Menurut PERKESO pelan pengurusan krisis juga telah diaktifkan pada hari serangan laman sesawang berkenaan dibuat.

"Pada peringkat awal, modus operandi serangan siber itu dikenal pasti bertujuan untuk melumpuhkan segenap infra PERKESO yang digunakan bagi pengoperasian seharian.

Perkeso coporate logo is display at Perkeso headquaters in Jalan Ampang. (25/7/2022). —AZHAR MAHFOF/The Star

Perkhidmatan yang akan diteruskan kepada pelanggan walaupun laman sesawang PERKESO digodam. — Gambar hiasan/Bernama

"Bagaimanapun, kejayaan unit teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) PERKESO mendapatkan semula kawalan sistem akhirnya menyebabkan penggodam menukar taktik dengan cuba melancarkan serangan character assasination (pembunuhan watak) terhadap imej perkeso,” katanya.

Mengenai kebocoran maklumat yang dipaparkan menerusi dark web atau web tertutup, kenyataan itu memaklumkan hasil penelitian awal PERKESO mendapati kesahihan data yang dicuri penggodam amat diragui, tidak lengkap dan luput.

"Serangan siber terhadap PERKESO ini bukan kali pertama sebaliknya siri pencerobohan sudah berlaku dengan kali terakhir pada September lepas dan berjaya dibendung.

"Tindakan penggodam yang tidak bertanggungjawab ini adalah serangan yang menyasarkan kepentingan negara. Justeru segala hasil forensik akan dikongsikan kepada pihak berkuasa demi mengelakkan episod sama berulang terhadap agensi lain,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram