[VIDEO] Nahas ngeri Jalan Gua Musang-Kuala Krai: Bapa bayi 7 bulan rentung akhirnya menghadap Ilahi


  • Tular
  • Selasa, 05 Dis 2023

Allahyarham ketika bersama bayinya berusia tujuh bulan yang rentung nahas kemalangan di Kota Bharu, Kelantan pada 27 November lalu. — TikTok

SELEPAS lebih seminggu bertarung nyawa, bapa kepada seorang bayi yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan pada 27 November lalu akhirnya dilaporkan meninggal dunia pada Selasa.

Mangsa yang bernama Wan Shahrizat Azwan Wan Shahril Anwar sebelum ini dilaporkan melecur seluruh badan akibat kemalangan tersebut.

Kematian itu bagaimanapun disahkan oleh ahli keluarga yang juga merupakan kakak mangsa melalui akaun TikTok @eikatiqah9023 pada Selasa.

"Al-Fatihah pada pukul 10.45 pagi, adik saya Wan Shahrizat Azwan Wan Shahril Anwar telah menghebuskan nafas terakhirnya depan kami semua.

"al-Fatihah buat kedua-dua kesayanganku, rehatlah ngah, terima kasih selama lapan hari berjuang Pengasih rehat la ngoh terima kasih selama 8hari berjuang dan terima kasih atas segala-galanya. Ngah banyak tolong kak selama ini, jasamu akan ku kenang," tulisnya.

Insiden yang menyebabkan kereta Honda Jazz yang dipandu mangsa itu juga telah meragut nyawa anak perempuannya, Wan Sabeena Arisha Wan Shahrizat yang baru berusia tujuh bulan di lokasi kejadian.

Ibu bayi malang terbabit, Nur Hasidah Razmi, 25, begitupun terselamat apabila dilaporkan cedera ringan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram