[VIDEO] Didakwa langgar lampu merah, anggota TUDM maut, wanita mangsa rempuh parah


  • 112
  • Ahad, 03 Dis 2023

Keadaan salah sebuah motosikal yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan seorang anggota cedera di Jalan Sultan Yahya Petra, berhampiran Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur pada Ahad.

SEORANG anggota tentera udara berusia 32 tahun maut dalam kemalangan di Jalan Sultan Yahya Petra, berhampiran Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur pada Ahad.

Mangsa yang menunggang motosikal dipercayai melanggar lampu merah sebelum merempuh motosikal lain dalam kejadian kira-kira pukul 7.25 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, mangsa yang datang dari arah Pulapol gagal berhenti di lampu merah sebelum merempuh sebuah motosikal lain yang sedang membelok ke kanan.

“Pembonceng motosikal lain yang merupakan seorang wanita berusia 39 tahun, cedera parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

“Kita sedang menyiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.

Pemeriksaan bedah siasat akan dijalankan ke atas mangsa yang maut, dan siasatan masih diteruskan. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram