Chua pernah bantu selamatkan nyawa anak saya — Dr Wee


  • Massa
  • Ahad, 03 Dis 2023

Chua, yang merupakan menteri kesihatan paling lama berkhidmat di negara Malaysia meninggal dunia pada Ahad ketika berusia 80 tahun.

DATUK Seri Dr Wee Ka Siong berkata, beliau tidak akan melupakan jasa mendiang, Datuk Dr Chua Jui Meng yang pernah tampil membantu keluarganya ketika anak perempuannya jatuh sakit.

Menurut Presiden MCA, pada ketika itu, beliau secara peribaddi sememangnya terhutang budi kepada Chua yang juga merupakan bekas Menteri Kesihatan.

"Saya masih ingat satu insiden berlaku pada April 2002, ketika itu saya belum lagi menjadi Ahli Parlimen.

"Anak perempuan saya Joan dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk pembedahan segera akibat daripada mengalami 'duodenal ulcer'.

"Datuk Chua memahami saya dan isteri sebagai ibu bapa, beliau telah mendapatkan laporan pakar bedah dari masa ke semasa serta menyampaikan status terkini mengenai anak saya," katanya menerusi perkongsian di Facebooknya.

Dr Wee berkata selepas beliau menyertai MCA, Chua menjadi salah seorang mentor politiknya dan memberikan banyak nasihat dan sokongan.

Menurutnya, persahabatan bersama Chua kekal terus baik meskipun ketika pemimpin itu membuat keputusan meninggalkan MCA untuk menyertai PKR.

“Saya mengenali Datuk Chua Jui Meng selama 30 tahun. Beliau adalah seorang pemimpin yang mempunyai karisma dan petah berucap berdasarkan fakta serta data yang jitu.

"Beliau juga salah seorang mentor dalam politik pada tahun 90an. Jasa dan pengorbanan Dato’ Chua Jui Meng kepada negara adalah besar dan sentiasa diingati oleh rakyat," kata Wee.

Chua, yang merupakan menteri kesihatan paling lama berkhidmat di negara Malaysia meninggal dunia pada Ahad ketika berusia 80 tahun.

Beliau juga bekas naib presiden MCA juga pernah menjadi ahli Parlimen Bakri selama lima penggal. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram