[VIDEO] Jururawat di Pitas berkaki ayam, 'bermandi' lumpur demi tanggungjawab


  • Tular
  • Khamis, 30 Nov 2023

Tangkap layar video memaparkan jururawat sanggup meredah sungai walaupun dalam keadaan yang kotor.

TINDAKAN seorang jururawat menyeberang sungai dengan berkaki ayam meraih perhatian dan mengundang rasa kagum para warga maya di media sosial.

Menerusi video yang tular sejak Khamis di Facebook, seorang jururawat wanita yang lengkap berpakaian uniform putihnya bersalut lumpur ketika menyeberang Sungai Bengkoka, Pitas, Sabah.

Dalam video berdurasi lebih tiga minit itu, jururawat berkenaan terpaksa berkaki ayam untuk pergi ke rumah seorang ibu yang baru melahirkan di perkampungan itu.

Melalui video sama, dia dilihat sanggup meredah sungai dengan menaiki sebuah sampan kayu dalam keadaan cuaca yang panas ketika itu.

Pada masa sama, sikap komited terhadap kerjanya itu juga menyentuh hati para warganet yang melihat video tersebut.

"Hebat betul jururawat di Pitas. Demi tugas dan tanggungjawab sanggup merentas sungai Bengkoka. Harap pihak berwajib dapat melihat kekukarangan yang ada di kawasan pedalaman Pitas," tulis 1Sabah.

"Terbaik jururawat," komen Tinus Kulina.

"Tugas dan tanggungjawab serta pengorbanan mereka adalah sangat mulia. Didoakan setiap langkah mereka ini dibalas dengan pahala dan diberikan kekuatan dalam menjalankan tugas memberikan perkhidmatan kepada masyarakat Pitas," komen Mohd Lahab Enul. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram