[VIDEO] Bayi perempuan ditemui menangis tepi sawah banyak biawak, anjing liar di Kubang Pangas


  • Tular
  • Rabu, 29 Nov 2023

Keadaan seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di kawasan berhampiran sawah padi di Kubang Pangas, Kedah pada Rabu. — Facebook/Media Kedah Kini

SEORANG bayi perempuan dengan lengkap berpakaian ditinggalkan seorang diri di atas jalan berhampiran kawasan sawah padi di Kampung Kubang Pangas, Alor Setar, Kedah pada Rabu.

Melalui video yang dimuat naik di Facebook Cik leyda, beberapa orang awam menemui bayi itu dalam keadaan terbaring sambil menangis di lokasi yang terdedah kepada haiwan liar seperti biawak dan anjing liar.

Dalam pada itu, orang awam dilihat memeriksa keadaan dan cuba untuk menenangkan bayi berkenaan.

Manakala, menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook Media Kedah Kini, kelihatan bayi itu dalam keadaan selamat dan dirawat oleh beberapa orang jururawat.

Pada masa sama, pengguna tersebut turut memuat naik sebuah video memaparkan keadaan bayi berkenaan selepas diselamatkan.

Melalui video itu, bayi comel tersebut dilihat sudah dalam keadaan bersih.

Sementara itu, memetik laporan media tempatan, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir mengesahkan penemuan bayi itu dan siasatan masih dijalankan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram