Digelar 'manusia hebat', Aidil Zafuan antara 4 pemain miliki penampilan terbanyak di Liga M


  • Podium
  • Rabu, 29 Nov 2023

Aidil Zafuan antara pemain berpengalaman yang beraksi di pasukan Johor Darul Takzim. — Facebook/JDT

USIA, status dan populariti seseorang pemain itu tidak menjamin sebarang kejayaan tanpa disiplin dan semangat juang tinggi dipamerkan sepanjang beraksi di pentas Liga Malaysia (Liga M).

Ditambah pula dengan kehadiran tenaga import dari liga luar, ia sedikit sebanyak mampu merencatkan prestasi pemain tempatan sekiranya gagal bersaing secara sihat untuk kekal relevan dalam kalangan peminat.

Namun, rekod cemerlang serta komitmen tinggi yang dipamerkan empat pemain ini wajar dijadikan topik perbincangan memandangkan ia bukanlah satu perkara yang mudah dicapai mana-mana pemain di Liga M pada hari ini.

Digelar 'manusia hebat' oleh segelintir penyokong tempatan, bakat serta pencapaian dimiliki sememangnya satu kejayaan yang perlu dicontohi barisan pemain muda negara.

illl

1. Aidil Zafuan

Aidil Zafuan merupakan antara pemain yang paling meraih pujian selepas berjaya kekal relevan di pasukan pendahulu liga, Johor Darul Takzim (JDT) sejak mula menyarung jersi itu pada 2013.

Meskipun kelibatnya semakin sukar kelihatan dalam kesebelasan utama pasukan ketika ini, namun rekod cemerlangnya yang telah memiliki penampilan ke-200 bersama Harimau Selatan setakat ini bukanlah satu perkara yang boleh dipandang rendah.

Momen bersejarah tersebut terpahat selepas pemain pertahanan kelahiran Negeri Sembilan itu dimasukkan pada separuh masa kedua ketika menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada 2022.

Tambahan itu, kejayaan Aidil bersama JDT bertambah manis apabila berjaya memenangi kesemua 21 trofi Harimau Selatran setakat ini dengan sembilan gelaran Liga Super, dua Piala FA, dua Piala Malaysia, tujuh Piala Amal dan satu Piala AFC.

xhafri

2. Zhafri Yahya

Bekas pemain Selangor FC, Zhafri Yahya merupakan antara tonggak utama dimiliki KL City FC pada musim ini.

Pemain tengah berusia 29 tahun itu melakar rekod peribadi tersendiri apabila melakukan penampilan ke-200 untuk skuad Warga Kota dan lebih manis, apabila kejayaan itu hadir menerusi persembahan terbaik dipamerkan ketika menumpaskan Kelantan United 3-0 dalam aksi Liga Super pada Ahad lalu.

Kelibatnya di barisan tengah sentiasa mengundang bahaya buat pasukan lawan menerusi gandingan mantapnya bersama Paulo Josue dan Kipre Tchetche yang sentiasa tampil 'garang' di jentera serangan.

Untuk rekod, Zhafri sudah beraksi untuk KL selama hampir lapan musim sejak mula menyertai pasukan itu dari Selangor pada 2016 dan telah menjaringkan sebanyak 22 gol setakat ini.

indra

3. Indra Putra Mahayuddin

Pemain veteran kebangsaan, Indra Putra Mahayaddin sememangya satu nama yang tidak asing dalam kalagan peminat bola sepak tempatan.

Meskipun usianya sudah menginjak ke angka 42 tahun, namun kudratnya langsung tidak menggambarkan angka tersebut bahkan lebih sesuai jika diterbalikkan kepada 24 tahun.

Manakan tidak, di usianya yang sepatutnya sudah mula memikirkan soal persaraan masih terus bersemangat untuk beraksi di atas padang selepas mewakili pasukan Kelantan United pada musim ini.

Jaringan Indra Putra ketika Malaysia menundukkan Singapura 3-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2014.

Tidak cukup hanya di saingan Liga M, pemain berpengalaman itu juga antara muka yang kerap mendapat panggilan dalam pasukan Harimau Malaya dan kini telah memiliki sebanyak 56 penampilan sejak mewakili negara pada 2002 hingga 2015.

meiii

4. Amri Yahya

Anak jati Selangor ini sudah terpahat di dalam sejarah bola sepak Selangor sebagai salah seorang legenda yang mempunyai rekod penampilan terbanyak buat pasukan itu dengan lebih 400 penampilan.

Di sebalik rekod cemerlang itu, Amri Yahya juga telah menjaringkan lebih daripada 100 gol buat pasukan Gergasi Merah dan ia pastinya menjadi satu pencapaian yang sukar untuk ditandingi mana-mana pemain ketika ini.

Masih mendapat kepercayaan peminat serta barisan jurulatih, pemain yang lebih mesra disapa 'Wak Am' ini terkenal dengan ketajaman serta ledakan padu yang mampu menerjah ke gawang lawan.

Pemain Sabah FC itu kini berperanan selaku penyerang kedua pasukan dan kehadirannya boleh dikatakan sentiasa dinanti-nantikan peminat The Rhinos selepas hanya berjaya memperoleh 16 penampilan setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram