PEMENANG minggu ke-12, Norhasimah Nordin, 49, mengimpikan hadiah utama berupa kondominium LEA by The Hills di Taman Melawati, Kuala Lumpur selepas namanya diumumkan sebagai pemenang mingguan Kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Norhasimah yang memenangi minyak wangi berjenama mewah, Nina Ricci Nina Rose EDT 80ml itu meluahkan rasa gembiranya selepas mendapat tahu masih berpeluang untuk meraih hadiah utama tersebut.
"Sangat gembira dapat menangi hadiah minyak wangi, rasa teruja sangat. Baru menang hadiah mingguan, belum lagi hadiah utama. Kalau bertuah menang (hadiah utama), mungkin saya pengsan terus," katanya dalam nada berseloroh.
Norhasimah (kanan) turut mengajak anak saudaranya Fatin untuk menyertai kempen Majoriti.
Meluahkan keterujaannya, Norhasimah turut berkongsi mengenai peraduan itu supaya segera disertai oleh keluarga dan rakannya yang lain.
"Saya galakkan rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain sertai peraduan ini supaya mereka pun ada peluang untuk menangi hadiah," katanya.
Menyifatkan peraduan Langgan dan Menang Majoriti amat mudah disertai, Norhasimah sempat memuji cara ringkas yang diberikan di landing page kempen membantu membolehkan seseorang memenangi hadiah.
"Sangat mudah, di hujung jari sahaja, isi sedikit-sedikit dah berpotensi menang hadiah besar, dan juga mungkin terpilih menang kondo," katanya.
Selain itu, Norhasimah turut berkata, dia sering meluangkan masa untuk membaca portal Majoriti.
"Saya perasan ada banyak berita tular dalam negeri yang tidak disiarkan agensi berita lain, namun boleh dibaca dalam portal Majoriti dengan lebih cepat.
"Saya suka berita yang berkaitan isu-isu dalam negara terutama tentang masyarakat di negara ini dan banyak lagi," katanya.
Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.
Antara hadiah lumayan ditawarkan termasuk sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram