Terpaksa menyewa di KL, Hasri idam menang kondo dekat tempat kerja


  • Bizz
  • Khamis, 23 Nov 2023

Muhammad Hasri Zainudin merupakan pemenangi minggu ke-13 dalam kempen Langgan dan Menang Majoriti.

PEMENANG minggu ke-13, Muhammad Hasri Zainudin, 38, mengimpikan hadiah utama berupa kondominium selepas diumumkan sebagai pemenang mingguan Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Hasri yang bekerja sebagai pembantu perubatan itu memenangi minyak wangi Paco Rabanne Phantom EDT 100ml dan sempat meluahkan rasa gembiranya selepas mendapat tahu masih berpeluang untuk meraih hadiah utama dengan salah satunya ialah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati.

"Kalau ada rezeki dan terpilih sebagai pemenang utama, saya mahu menang hadiah kondominium itu. Mudah untuk saya berulang-alik pergi kerja.

"Buat masa sekarang, saya terpaksa menyewa di Kuala Lumpur untuk pergi balik kerja, kerana rumah pertama saya jauh iaitu terletak di Negeri Sembilan, " katanya.

Selain ingin merebut hadiah mewah itu, dia turut berasa gembira dan teruja selepas dinobatkan menjadi pemenang mingguan selepas melanggan portal Majoriti bulan lalu.

"Rasa seronok, kerana berbaloi saya langgan cuma RM30 sahaja dan terpilih untuk memenangi hadiah mingguan minyak wangi bernilai RM395.

WhatsApp Image 2023-11-22 at 3.44.48 PM

Hasri merupakan pemenang bagi minyak wangi Paco Rabanne Phantom EDT 100ml.

Berasa seperti rezeki terpijak, pada mulanya dia melanggan portal ini kerana berkeinginan mendapat laporan berita berbentuk digital.

"Selepas saya melayari laman media sosial Instagram untuk mencari berita dan secara tidak sengaja terjumpa portal ini.

"Bagi saya, portal ini mempunyai berita ringkas lengkap dan padat. Sudah lama saya ingin mendapatkan berita dalam bentuk digital kerana ia lebih mudah dan senang untuk saya mendapatkan maklumat berita terkini di mana sahaja", katanya.

Mengulas lanjut, dia turut sering meluangkan masa dengan mengikuti berita utama yang dipaparkan di laman web Majoriti.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram