Mahu tingkatkan peluang menang hadiah utama, Syaharudin siap ajak 2 anak 'join' kempen Majoriti


  • Bizz
  • Selasa, 28 Nov 2023

Muhammad Syaharudin merupakan pemenang bagi minggu ke-13 dalam Kempen Langgan dan Menang Majoriti.

TIDAK menyangka hanya dengan langkah cukup mudah, Muhammad Syaharudin Abdul Aziz yang terpanggil menyertai Kempen Langgan dan Menang Majoriti terpilih sebagai pemenang bagi minggu ke-13.

Lelaki berusia 46 tahun itu berjaya membawa pulang hadiah berupa minyak wangi Paco Rabanne Lady Million Empire EDP 50ml bernilai RM360.

Syaharudin turut meluahkan rasa syukur apabila berhasil memperoleh kemenangan dalam peraduan sedemikian yang disertai buat kali pertama.

"Terkejut terpilih sebagai pemenang, sebab cara sertai mudah sangat," katanya.

Selepas berjaya terpilih sebagai pemenang mingguan, dia turut menyimpan impian untuk merebut hadiah utama yang salah satunya menawarkan ganjaran berupa kondominium LEA by the Hills.

Dia yang bekerja dalam sektor pendidikan mengidamkan hadiah itu untuk dijadikan sebagai aset masa hadapan.

WhatsApp Image 2023-11-27 at 6.00.19 PM

Syaharudin pemenang hadiah berupa minyak wangi Paco Rabanne Lady Million Empire EDP 50ml.

Malah, dia turut mengajak kedua-dua orang anaknya yang belajar di universiti untuk menyertai kempen tersebut bagi meningkatkan peluang meraih kemenangan.

"Saya memang mahu menang kondo, mahu jadikan aset sebab nilai kediaman itu berjumlah RM602,800. Nilainya memang sangat tinggi, jadi bertuah sangat kalau terpilih," katanya.

Selain daripada hadiah utama itu, dia turut berhasrat merebut hadiah berupa baucar AEON RM25,000 kerana menganggap baucar itu sangat lumayan dimiliki.

"Jika tak menang kondo, hadiah baucar pun menarik kerana mudah untuk berbelanja di AEON, tak perlu pakai duit sendiri," katanya.

Memuji kemampuan Majoriti untuk menyaingi media lain, Syaharudin berkata, dia sering meluangkan masa berita-berita sukan yang terkandung dalam portal itu.

"Saya suka baca sukan dan segmen tular kerana saya mahu tahu isu terkini yang terjadi dalam negara," katanya.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram