HANYA bermodalkan RM30, Wan ZulFikhri Wan Abdullah terpilih sebagai pemenang minggu ke-13 dalam Kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Pemuda yang berusia 29 tahun itu berjaya membawa pulang hadiah Paco Rabanne Phantom EDT 100ml bernilai Rm395.
Dia yang bergelar penjawat awam itu bersyukur melihat siaran mengenai kempen ini menerusi laman Instagram dan memilih untuk mencuba nasibnya bagi memenangi ganjaran hebat yang ditawarkan.
"Rasa sangat gembira terpilih, jadi saya beritahu orang terdekat untuk sertai kempen ini, saya juga share link kepada mereka mengenai kempen ini," katanya.
Wan memperoleh hadiah minyak wangi Paco Rabanne Phantom EDT 100ml.
Tidak terhenti setakat itu, Wan juga meluahkan hasrat untuk merebut hadiah berupa baucar AEON bernilai RM25,000.
Katanya, dia ingin memenangi baucar bernilai tinggi itu untuk berkongsi rezeki bersama ahli keluarga.
"Dengan cara belanja ahli keluarga, mungkin dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan untuk membeli barang keperluan harian," katanya.
Selain itu, Wan turut berniat untuk memanfaatkan sebahagian hadiah itu dengan membantu golongan yang memerlukan.
"Seperti membuat program food bank kepada golongan gelandangan, beri kepada rumah anak yatim atau salurkan barangan dengan menggunakan baucar itu kepada mangsa banjir," katanya.
Mengakui berbaloi sertai kempen, Wan turut memperoleh informasi berguna yang disiarkan menerusi laman Majoriti Online sejak melanggan portal ini.
"Sangat bermaklumat dan berita-berita yang dipaparkan juga mengikut perkembangan isu semasa," katanya.
Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.
Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram