Selain 'projek spillway' Kelantan, semak 3 lagi pencapaian Kerajaan Perpaduan selepas setahun


  • Massa
  • Isnin, 27 Nov 2023

Anwar bersama barisan kabinetnya pada ketika ini dilihat komited isu rakyat. — Bernama

PERDANA Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya dikenali sebagai pemimpin berpendirian tegas yang sering meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, selaras dengan matlamat kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar.

Ia terbukti selepas setahun, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilantik sebagai pemimpin negara bersama barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan dilihat berjaya mendepani pelbagai cabaran dalam negara serta di peringkat global untuk membawa Malaysia kembali ke landasan menuju ke arah negara maju.

Malah pemimpin berusia 76 tahun itu dilihat komited membantu rakyat tanpa mengira negeri untuk menyelesaikan segala isu yang dihadapi.

Kewibawaan Anwar sebagai pemimpin negara terbukti dengan kejayaan beberapa projek yang sebelum ini tidak berjaya diselesaikan pemerintah terdahulu.

Antaranya projek 'spillway' banjir yang disiapkan oleh Kerajaan Perpaduan pada pertengahan tahun 2023 dilihat berhasil menangani masalah banjir dan air bertakung di Rantau Panjang, Kelantan.

Projek PLSB Sungai Golok di Rantau Panjang yang kini sedang dalam proses pembinaan.

Projek PLSB Sungai Golok di Rantau Panjang berjaya disiapkan pada pertengahan tahun 2023. — Facebook

Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu bagi Sungai Golok (KESBAN) atau dikenali sebagai pembinaan 'spillway' itu siap tidak sampai enam bulan di bawah Kerajaan Perpaduan sekali gus memanfaatkan penduduk Kampung Tersang dan Kampung Terusan di Rantau Panjang.

Kejayaan pembinaan projek itu juga jelas menunjukkan kerajaan perpaduan di bawah pentadbiran Anwar berhasil menyelesaikan masalah penduduk di Kelantan dengan pantas.

Berikut Majoriti senaraikan tiga projek untuk manfaat rakyat yang berjaya dilaksanakan Kerajaan Perpaduan dalam tempoh 12 bulan pemerintahan :

1) Inisiatif Rahmah

2157389

Menu Rahmah ialah inisiatif dalam usaha meringankan beban yang dihadapi rakyat terutamanya bagi mereka yang masih bujang. — Gambar hiasan

Kerajaan melaksanakan inisiatif Payung Rahmah dalam usaha meringankan beban yang dihadapi rakyat ekoran peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Program yang diperkenalkan oleh Anwar menerusi Belanjawan 2023 itu berupaya memberi impak positif kepada kebanyakan rakyat yang terkesan sama ada golongan B40 mahupun M40.

Kerajaan melaksanakan pelbagai pakej di bawah inisiatif Payung Rahmah, antara yang mendapat sambutan hangat adalah Menu Rahmah, Bakul Rahmah dan Jualan Rahmah.

Menu Rahmah ialah inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan penglibatan pengusaha kedai makanan serta persatuan-pengusaha restoran dan gerai makanan yang menawarkan satu set hidangan dengan harga tidak melebihi RM5.

Sementara itu, Bakul Rahmah menyediakan barangan asas atau baucar bernilai RM100 khusus untuk keluarga miskin tegar.

Bantuan secara bulanan itu diberikan dalam tempoh enam bulan bagi memastikan kebajikan golongan sasar sentiasa terpelihara.

Pakej Jualan Rahmah pula merupakan konsep jualan murah yang diperkenalkan oleh kerajaan khusus untuk golongan B40.

Menerusi program tersebut, pasar raya menawarkan harga barangan keperluan sehingga 30 peratus lebih rendah bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat terutama golongan rentan.

2) Pelaburan Tesla

Kedatangan Tesla berperanan sebagai 'game changer’ yang akan memperkasakan ekosistem EV di Malaysia. — Agensi

Pembukaan stesen pengecas pertama Tesla Inc di negara ini akan menjadikan ekosistem automotif tempatan lebih berdaya saing.

Dalam masa sama, pelaburan tersebut memberi isyarat kepada pasaran global bahawa Malaysia serius untuk membangunkan industri kenderaan elektrik (EV), seterusnya membuka satu lembaran baharu buat ekonomi Malaysia.

Kerjasama itu berupaya menjadi pemacu perubahan yang diperlukan dalam usaha mereformasi ekonomi untuk menjadikan Malaysia ke arah pembangunan yang berdaya cipta dengan penghasilan produk berteknologi tinggi.

Kedatangan Tesla berperanan sebagai 'game changer’ yang akan memperkasakan ekosistem EV di Malaysia, termasuk pusat jualan dan servis, rangkaian pengecas supercharger.

Selain itu, ia juga dapat membantu meningkatkan sektor elektrik dan elektronik (E&E), di samping mencipta peluang pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi buat rakyat di negara ini.

Untuk rekod, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz melancarkan stesen 'supercharging' Tesla di Pavilion di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Julai lalu.

Kerajaan turut merancang untuk membina sekurang-kurangnya 50 stesen pengecasan EV di seluruh negara pada masa akan datang.

3) Tegas dalam menangani rasuah

JOHOR BAHRU, 4 Jan --  Empat individu termasuk pengarah dan pekerja syarikat pengimport daging sejuk beku dikenakan perintah reman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret hari ini, dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah dalam aktiviti penyeludupan bahan mentah itu.Perintah reman sehingga 7 Januari itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Nur Izzaty Muhammad yang membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.--fotoBERNAMA(2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Perkara pertama dilakukan Kerajaan Perpaduan ialah melaksana reformasi tata kelola pentadbiran dan membanteras rasuah habis-habisan menjadikan ramai yang 'gerun'. — Gambar hiasan

Kerajaan Perpaduan komited dalam menghapuskan budaya rasuah agar sumber negara dapat diagihkan dengan lebih cekap.

Perdana Menteri menegaskan bahawa tata kelola pentadbiran kerajaan yang berintegriti akan sentiasa dikemaskini dan perlu diikuti sepanjang masa.

Tekad itu terbukti apabila Malaysia dilaporkan berada di kedudukan ke-61 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2022 yang dikeluarkan Transparency International (TI) daripada keseluruhan 180 negara, berbanding tempat ke-62 pada 2021.

Malaysia menduduki tangga kedua terbaik dalam kalangan negara Asia Tenggara selepas Singapura yang merekodkan tangga kelima daripada 180 negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram