
SEORANG lelaki bukan warga Malaysia ditarik keluar oleh pengawal keselamatan selepas membuat kecoh ketika berada di konsert Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh @mintsmints_ pada Khamis, lelaki yang mengenakan pakaian terdedah itu dilihat bergaduh dengan beberapa orang penonton lain ketika kejadian.
Berdasarkan informasi yang dikongsikan oleh pengguna tersebut, individu berkenaan dikatakan menolak dan cuba menyelit untuk bergerak ke hadapan berdekatan dengan pentas utama semasa persembahan berlangsung.
Perkara itu juga dikatakan menjadi punca kepada pergaduhan tersebut sebelum individu terbabit dibawa keluar oleh beberapa pengawal keselamatan.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet berseloroh dengan mengatakan bahawa kejadian itu adalah aksi mosh yang biasa berlaku di sesebuah konsert.
"Tak tahu pula Coldplay boleh ada mosh," komen @hziqishak.
"Aku dah cakap semua lagu boleh mosh," tulis @yedowhmat4.
"Biasalah mosh tu, enjoy sahaja," komen @azlysaiful.
Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram