[VIDEO] Budak maut dipercayai jatuh pangsapuri di Bandar Tasik Selatan


  • Tular
  • Isnin, 20 Nov 2023

Jasad mangsa ditutup dengan kain selepas dipercayai terjatuh pangsapuri Bandar Tasik Selatan pada Isnin.

SEORANG kanak-kanak maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan tinggi di Pangsapuri Kos Rendah Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur pada Isnin.

Berdasarkan informasi yang dikongsikan oleh orang awam di aplikasi Telegram, kejadian berlaku pada pukul 1 petang.

Pada masa sama, menerusi video yang dikongsikan di aplikasi sama, mayat mangsa yang jatuh itu dilihat ditutup dengan kain batik di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, turut dilihat beberapa orang awam yang mengerumuni lokasi itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner, Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian tersebut.

"Kes masih dalam siasatan dan buat masa sekarang, mangsa diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya kepada Majoriti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram