[VIDEO] Penduduk diminta berhati-hati, kelibat dan kesan tapak kaki 'pak belang' dijumpai di Felda Selancar 3


  • Tular
  • Khamis, 23 Nov 2023

Tangkap layar bangkai lembu (kiri) yang dibaham oleh seekor harimau (kanan) di Felda Selancar 3 baru-baru ini. — Orang Awam

SEORANG individu meminta warga setempat Felda Selancar 3, Rompin, Pahang agar lebih berhati-hati selepas salah seorang penduduk di kawasan itu dikejutkan penemuan kesan tapak kaki harimau baru-baru ini.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Fazli itu turut berkongsi satu video menunjukkan kesan tapak kaki haiwan liar tersebut di aplikasi WhatsApp pada Khamis, namun tidak dinyatakan tarikh sebenar video itu dirakam.

"Pak belang (harimau) sudah sampai kawasan Selancar 3. Hati-hati pada mereka yang masuk hutan," katanya.

Melalui video yang dikongsikan itu juga turut memaparkan bangkai seekor lembu yang didakwa dibaham harimau berkenaan.

Pada masa sama, lelaki berkenaan turut berkongsi gambar haiwan pemangsa itu yang didakwa berlegar-legar di kawasan ladang kelapa sawit yang jaraknya berhampiran dengan kawasan kampung terdekat.

Namun, setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram