Doktor gigi mahu hadiahkan kondo buat isteri tercinta lepas menang hadiah mingguan


  • Bizz
  • Rabu, 22 Nov 2023

Farhat Zuhairi (kanan) yang menyimpan hasrat mahu menghadiahkan kondominium kepada isterinya.

TERKEJUT dipilih sebagai pemenang mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti, Farhat Zuhairi Kamsani, 32, tidak mahu melepaskan peluang merebut hadiah utama yang ditawarkan.

Farhat yang merupakan seorang doktor gigi di Klang, Selangor sempat berkongsi perasaannya selepas pengumuman yang diterimanya dalam masa sangat singkat.

Sebagai seorang suami, pastinya mahu menghargai jasa dan pengorbanan seorang isteri. Begitu juga dengan pemenang minggu ke-12 yang tidak teragak-agak berkongsi hasrat murninya itu.

Katanya, hanya kondominium menjadi sasaran utamanya kerana mahu memberi hadiah istimewa dan kejutan buat isteri tersayang.

"Jika berpeluang memenangi hadiah utama, sememangnya saya mahukan kondo itu.

"Saya tidak mahu jadikannya ia sebagai aset, tetapi cukup mahu hadiahkannya kepada isteri," katanya kepada Majoriti.

photo_6260370929838307706_y

Farhat yang merupakan pemenang mingguan bertuah kempen Langgan dan Menang Majoriti.

Farhat memenangi hadiah mingguan berupa minyak wangi Paco Rabanne Phantom.

Dalam pada itu, Farhat tidak menafikan bahawa wang yang dikeluarkan untuk membayar langganan eksklusif portal ini sangat berbaloi dan murah.

"Bagi saya RM30 yang dikenakan memang murah dan berbaloi dengan hadiah yang saya dapat," tambahnya.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.

Kempen Langgan dan Menang yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.

Sementara itu, kempen Langgan dan Menang Majoriti ini juga masih berlangsung dan akan berakhir pada 20 Disember 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram