TERSERLAH wajah kegembiraan Ainnur Shahirah Mohd Soeb, 35, selepas diumumkan sebagai pemenang mingguan bertuah Kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Lebih istimewa, dia yang merupakan kakak kepada salah seorang pemenang mingguan sebelum ini iaitu Ainnur Shahidah Mohd Soeb, 34, tidak menafikan bahawa ia suatu rezeki yang tidak disangka-sangka.
"Selepas adik beritahu dia menang, pada mulanya memang saya tak sangka akan menang pula sebab dalam masa satu atau dua minggu sudah terima panggilan umum sebagai pemenang.
"Waktu itu memang saya terkejut tetapi pada masa sama sangat bersyukur," katanya kepada Majoriti.
Bukan itu sahaja, Ainnur Shahirah yang menetap di Shah Alam, Selangor itu juga kelihatan begitu teruja ketika menerima hadiah berupa jam tangan Braun Buffel.
Ainnur Shahirah bersama hadiah mingguannya di Menara Star, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin.
Dalam pada itu, dia turut tidak melepaskan peluang untuk merebut hadiah utama iaitu kondominium LEA by the Hills untuk dijadikan rumah pertamanya.
"Jika tanya saya, semestinya kondo itu yang saya mahukan kerana sekarang pun saya masih menyewa di Shah Alam.
"Tetapi selain itu, tiket percutian ke Taiwan pun macam menarik kerana saya tidak pernah ke luar negara," katanya.
Dalam pada itu, seorang lagi pemenang bertuah, Lin Tzy Lun James, 28, juga sangat gembira selepas memenangi hadiah mingguan iaitu jam tangan Barun Buffel.
Katanya, hadiah itu sememangnya sangat sesuai dan boleh digayakan ke mana sahaja.
Lin Tzy Lun James, pemenang minggu ke-13 yang turut teruja ketika menerima hadiahnya.
Baginya juga, kondominium itu menjadi sasaran utama untuk dimenangi kerana nilainya yang sangat tinggi iaitu RM602,800.
Katanya lagi, jumlah bayaran yang dikenakan untuk langganan eksklusif portal Majoriti amat berbaloi dengan hadiah yang ditawarkan.
Sementara itu, antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah Aeon Co (M) Bhd (Aeon) mencecah RM50,000; Kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.
Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram