HANYA dengan bermodalkan RM30, Muhammad Syafiq Mohd Zainuddin terpilih sebagai pemenang bagi minggu ke-11 dalam Kempen Langgan dan Menang Majoriti.
Pemuda yang berumur 33 tahun itu berjaya membawa pulang hadiah jam tangan Braun Buffel bernilai RM1,781.
Syafiq turut meluahkan rasa syukurnya apabila peroleh kemenangan dalam peraduan yang disertai buat kali pertama.
"Sangat teruja kerana sebelum ini saya tidak pernah menang hadiah seperti itu apabila masuk mana-mana peraduan," katanya yang bekerja sebagai pegawai tadbir.
Syafiq merupakan pemenang bagi hadiah jam tangan Braun Buffel bernilai RM1,781.
Pada masa sama, lelaki bertuah itu turut meluahkan hasrat terpendamnya untuk merebut gelaran sebagai pemilik hadiah utama berupa kondominium LEA by the Hills.
Katanya, jika terpilih, kondominium OSK Property itu mampu dijadikan sebagai aset masa hadapan.
Syafiq turut mengakui peraduan ini hanya mengambil beberapa langkah singkat untuk membolehkan seseorang memiliki ganjaran hebat yang ditawarkan setiap minggu.
"Sangat mudah hanya melanggan sahaja seseorang itu terus layak untuk memenangi hadiah minggu serta mungkin akan terpilih sebagai pemilik hadiah utama juga," katanya.
Selain itu, Syafiq turut memuji portal Majoriti sebagai sebuah portal media yang pantas dalam menyampaikan berita semasa.
"Banyak berita yang menarik serta terkini boleh saya dapat baca di portal Majoriti.
"Kerana ada banyak bahagian yang berbeza-beza seperti tular, benua dan sukan jadi meluas maklumat untuk didapati," katanya.
Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.
Antara hadiah lumayan ditawarkan termasuk sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram