REZEKI yang tidak disangka-sangka buat Norhani Md Jamil, 55, selepas terpilih sebagai salah seorang pemenang bertuah Kempen Langgan dan Menang Majoriti minggu ke-12.
Dia yang memenangi Backpack American Tourister Zumba meluahkan rasa gembiranya selepas mendapat tahu masih berpeluang untuk meraih hadiah utama.
Norhani berkata, dia mengidamkan hadiah berupa kondominium LEA by the Hills kerana berkeinginan untuk menetap di kawasan tumpuan orang ramai.
"Selain dari kondo saya tak kisah terpilih menang hadiah apa. Tapi kalau boleh nak kondo juga. Teringin nak duduk rumah yang cantik dengan surrounding yang menarik.
"Malah kondominium yang ditawarkan dalam peraduan ini berhampiran dengan pelbagai kemudahan seperti pusat beli-belah, universiti dan lain-lain," katanya.
Norhani berkata, dia tertarik memasuki kempen Langgan dan Menang Majoriti selepas melihat ganjaran hebat berupa kondominium menerusi iklan di Google.
"Saya pada waktu itu cari tentang lain, tapi terjumpa iklan mengenai peraduan ini, saya terus subscribe," katanya.
Selepas meraih kemenangan, Norhani turut mengesyorkan rakan-rakannya untuk menyertai peraduan ini.
Tidak perlu mengisi banyak maklumat, Norhani turut mengakui kempen yang disertai ini hanya mengambil langkah yang mudah untuk terpilih memiliki ganjaran hebat yang ditawarkan.
"Setakat ni saya rasa mudahnya nak jadi pemenang mingguan. Masuk je.. menang!," katanya.
Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.
Antara hadiah lumayan ditawarkan termasuk sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram