[VIDEO] Polis Subang Jaya sudah tahu identiti individu kencing secara terbuka di parkir pusat beli-belah, kes diklasifikasi kelakuan aib


Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki yang kencing di parkir sebuah pasar raya di Subang Jaya, Selangor pada 16 November lalu.

PIHAK polis sedang mengesan individu yang bertindak membuang air kecil di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Subang Jaya, Selangor pada 16 November lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, lelaki berkenaan telah dikenal pasti.

“Kami telah menerima satu laporan daripada pengadu yang juga anggota Polis USJ8 pada pukul 9.55 malam pada 19 November lalu.

“Pengadu telah melihat satu rakaman video yang tular berdurasi 50 saat berkenaan, yang mendapati seorang lelaki sedang kencing di tiang tempat letak kereta sebuah pasar raya,” katanya.

Dalam pada itu, hasil siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku pada 16 November, suspek disyaki seorang lelaki memakai baju hitam dengan seluar pendek kelabu yang kencing di lokasi itu sebelum beredar ke arah keretanya iaitu jenis Mazda biru.

“Dalam rakaman terbabit, terdapat di antara perakam dengan suspek yang mengatakan terdapat tandas dan suspek hanya menjawab minta maaf seterusnya beredar.

“Kes diklafisikasikan sebagai kelakuan aib di bawah Seksyen 14 Akta kesalahan kesalahan kecil 1955 (Akta 336).

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan aib dan kegusaran kepada orang awam,” katanya.

Sementara itu, pihak polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut supaya tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis di talian 03-78627100 atau pegawai penyiasat Inspektor Norhishamuddin Hamdan di talian 010-2494819. Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram



Lebih Pilihan