[VIDEO] Bukan diculik di stesen minyak Masai, remaja perempuan rupanya keluar dengan kawan sekolah


Polis menafikan bahawa seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dilarikan di sekitar Masai, Pasir Gudang, Johor seperti yang tular sejak Isnin.

POLIS menafikan berlakunya kejadian seorang remaja perempuan dilarikan di sebuah stesen minyak di sekitar Masai, Pasir Gudang, Johor seperti yang tular di Facebook sejak Isnin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Johor, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian membabitkan remaja itu yang dipaparkan dalam video dimuat naik pemilik akaun Facebook Quyn Bohay berlaku kira-kira pukul 2.30 petang pada Isnin.

"Bagaimanapun, remaja berusia 13 tahun itu selamat pulang ke rumah pada pukul 4 petang hari yang sama dan memaklumkan telah keluar bersama-sama rakan sekolah yang dikenalinya.

"Justeru, kita mendapati kejadian ini tidak berlaku dan pemilik akaun yang memuat naik video itu juga telah mengambil tindakan memadam hantaran tersebut pada hari sama," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Sohaimi menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram



Lebih Pilihan