SEORANG 'bouncer' yang bertugas mengawal keselamatan di sebuah kelab malam maut selepas ditembak di hadapan premis hiburan itu pada Jumaat (17 November lalu).
Mangsa, Carlos Eduardo, 51, dilaporkan ditembak ketika bertugas sebanyak enam kali oleh dua orang suspek yang tidak dikenali dalam kejadian di Sao Caentano do Sul, Brazil.
Pada masa sama, kejadian yang sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan memaparkan suspek menembak mangsa secara bertubi-tubi sebelum melarikan diri.
Dalam pada itu, mangsa ditemukan terbaring dan dikejarkan ke Hospital Albert Sabin, namun dilaporkan maut akibat kecederaan parah yang dialami, lapor SBT News.
Laporan menyebut bahawa saksi ternampak mangsa ditembak sebanyak enam kali oleh suspek sebelum kedua-duanya melarikan diri.
Selain itu, Carlos dikatakan seorang pekerja profesional yang sudah berkhidmat sebagai pengawal keselamatan selama lima tahun di kelab malam berkenaan.
Kes disiasat oleh Sektor Pembunuhan dan Perlindungan Peribadi (SHPP) Sao Caentano do Sul. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram