Pelawak, penyanyi rap popular antara 5 nama boleh ganti Mohamad Agus sebagai KP J-KOM


  • Politik
  • Sabtu, 18 Nov 2023

Mohamad Agus menafikan bahawa keputusan itu dibuat kerana desakan susulan dakwaan prestasinya yang didakwa kurang memuaskan.

TIADA angin tiada ribut, politik negara pada minggu ini tiba-tba dikejutkan dengan berita mengenai peletakan jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff.

Meskipun desakan pengundurannya sebelum ini pernah ditimbulkan oleh sesetengah pihak, kemungkinan terhadap perkara tersebut pada waktu itu dilihat tidak menyakinkan untuk menjejaskan kedudukannya.

Apatah lagi, desas-desus mengenai perkara itu langsung dilayan oleh oleh kepimpinan kerajaan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

J-KOM yang ditubuhkan pada 2021 selepas dijenamakan semula daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) kini terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Secara asasnya, penubuhannya bermatlamatkan bagi melaksanakan komunikasi strategik termasuk melibakan penyaluran maklumat tepat mengenai dasar khususnya di peringkat akar umbi.

Dalam kenyataan mengulas mengenai peletakan jawatannya, Mohamad Agus berkata, tindakan itu dibuat selepas beliau menerima tawaran daripada organisasi lain.

Beliau pada Khamis turut menafikan bahawa keputusan itu dibuat kerana desakan susulan dakwaan prestasinya yang didakwa kurang memuaskan.

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi Dan Digital, Fahmi Fadzil pada Jumaat memaklumkan bahawa Kerajaan akan segera mencari pengganti bagi mengisi jawatan tersebut.

Berikut Majoriti senaraikan lima nama yang berpotensi untuk diletakkan sebagai Ketua Pengarah J-KOM:

1. Mohd Sany Hamzan

1891361

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan.

Di Parlimen, Mohd Sany Hamzan merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Ini kerana beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat merupakan ahli Dewan Rakyat yang lantang ketika berbahas termasuk ketika bangkit berhujah melawan kritikan pihak pembangkang terhadap dasar dilaksanakan Kerajaan Perpaduan.

Sikapnya itu menyebabkan beliau sentiasa menjadi perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya yang mengikuti perkembangan di Parlimen.

Disebabkan kelantangan tersebut, beliau yang merupakan pemimpin daripada Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat merupakan calon sesuai untuk dilantik sebagai Ketua Pengarah J-KOM bagi menyuntik sekurang-kurangnya semangat baharu terhadap agensi terbabit.

J-KOM di bawah pentadbiran Mohamad Agus sebelum ini dikritik keraana dilihat agak 'senyap' sehingga menyebabkan wujud perspektif yang mendakwa bahawa ia tidak menjalankan kerja sepatutnya dilakukan.

Dalam pada itu, latar belakang Mohd Sany yang juga seorang bekas guru sejarah juga pastinya memudahkannya untuk mendekati dan memahami sentimen dan keperluan rakyat di akar umbi terutamanya dalam penyampaian maklumat.

2. Lokman Noor Adam

Former Umno supreme council member Datuk Lokman Noor Adam during the Umno General Assembly in World Trade Centre yesterday. — IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Ahli MKT Umno, Datuk Lokman Noor Adam.

Di sosial media, antara nama disebut-sebut warganet patut menjawat jawatan tersebut ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam.

Pencalonan tersebut dibuat dipercayai kerana pemimpin Umno itu dilihat merupakan individu yang cukup aktif dalam memberikan penerangan kepada orang ramai di sosial media.

Ia khususya membabitkan usaha menangkis serangan pembangkang dalam isu politik antaranya seperti kemungkinan perubahan kerajaan, kempen Pilihan Raya Negeri (PRN), dan kekhuatiran ancaman DAP.

Keberkesanannya dalam memberikan penerangan itu turut menyebabkan pernah dicop sebagai sebagai jurucakap dan pembela DAP.

Untuk rekod, Lokman merupakan antara nama tidak asing daripada kontroversi dalam politik negara.

Sebelum menyertai Umno, Lokman merupakan antara penyokong kuat Anwar Ibrahim ketika bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum dipecat pada 2004.

Pada masa sama, beliau juga pernah dipecat daripada Umno, parti yang disertainya pada 2006 dipecat pada awal 2020 kerana dakwaan melanggar disiplin parti.

3. Afdlin Shauki

afdlin1 - 1

Penerbit dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki.

Datuk Adflin Shauki merupakan antara nama besar dalam bidang seni seni tanah air yang memilih untuk aktif dalam politik negara.

Tindakannya menyertai PKR pada 2021 dilihat merupakan satu langkah cukup berani memandangkan parti berkenaan pada ketika itu berada di blok pembangkang.

Disebabkan itu, populariti dimilikinya sebagai artis serba boleh negara pastinya menjadi aset yang perlu digunakan sebaik mungkin oleh parti.

Adalah satu kerugian sekiranya kelebihan yang dimiliki beliau itu tidak dimanfaatkan khususnya bagi memastikan keberkesanan penyampaian maklumat oleh kerajaan kepada masyarakat meluas.

Untuk itu, jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM dilihat cukup cocok untuknya terutamanya dalam merencanakan pelan strategi komunikasi yang terbaik.

Pada masa, jaringan perhubungan dimilikinya di bidang seni termasuk sebagai penerbit dan pengarah filem pastinya cukup berguna dalam penyaluran maklumat serta komunikasi kerajaan khususnya di platform popular media massa.

Untuk rekod, Afdlin dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 7 Julai lalu.

4. Altimet

str2_cczsound2004_MAIN_cn

ADUN Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman.

Seorang lagi anak seni berkemungkinan sesuai untuk mengisi jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM adalah penyanyi rap, Altimet.

Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman yang kini bersama PKR turut menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya.

Sebagai penyanyi rap, beliau merupakan satu nama cukup dikenali khususnya dalam kalangan anak muda.

Disebabkan itu, pemilihan Altimet ke jawatan ini dilihat bakal memberikan nafas baharu terhadap agensi berkenaan khususnya dari segi idea dan perancangan komunikasi oleh kerajaan.

Pada masa sama, pengalaman meluas dimilikinya termasuk dalam bidang perniagaan muzik di dalam industri tanah air pastinya memberikan nilai tambah khususnya dalam pengurusan organisasi.

5. Ismail Yusop

WhatsApp Image 2023-11-17 at 6.06.04 PM

Timbalan Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Ismail Yusop. — Bernama

Keputusan Mohamad Agus untuk meletakkan jawatan menyaksikan tugasan menguruskan J-KOM kini terletak di bahu timbalannya iaitu Datuk Ismail Yusop.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Tok Abah merupakan nama yang tidak asing lagi khususnya dalam kepimpinan PKR.

Selain pernah dipilih menjadi Senator, Ismail juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Darul Ehsan, iaitu sebuah badan pemikir di bawah kerajaan negeri Selangor.

Dengan kredibiliti dan pengalaman yang dimilikinya itu, adalah tidak salah sekiranya beliau dinaikkan pangkat dan dijadikan sebagai Ketua Pengarah J-KOM yang baharu menggantikan Mohamad Agus.

Dalam pada itu, langkah ini juga dilihat lebih efektif sekiranya kerajaan mahu meneruskan kesinambungan pelan strategik komunikasi yang sedang dijalankan sebelum ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram