[VIDEO] Nyawa murid bawa beg sekolah nyaris melayang, lori misteri tiba-tiba rempuh kedai


  • Benua
  • Rabu, 08 Nov 2023

Tangkap layar detik cemas sebuah kedai dirempuh oleh lori di Sepanyol yang tular sejak Rabu.

BERPANTANG maut sebelum ajal. Demikian yang terjadi kepada seorang wanita dan kanak-kanak apabila nyaris maut ketika kedai yang dimasuki dirempuh oleh sebuah lori dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Sepanyol baru-baru ini.

Rakaman berdurasi 26 saat yang tular sejak Rabu itu menunjukkan tiga orang perempuan berada di luar ruangan sebuah kedai.

Pada awalnya, mereka bertiga kelihatan cemas apabila melihat sebuah lori berada dalam keadaan laju melalui kawasan terbabit.

Rentetan kejadian itu, mereka cuba untuk menyelamatkan diri daripada lori yang disyaki hilang kawalan itu.

Seorang wanita sempat melarikan diri, manakala, seorang lagi wanita bersama kanak-kanak yang masih memegang beg sekolah kemudiannya menyelamatkan diri dengan memasuki ruangan dalam kedai kerana beranggapan lebih selamat.

Namun, situasi menjadi tegang apabila lori terbabit terbabas dan merempuh kedai itu sehingga menghancurkan dinding ruangan kedai.

Pada masa yang sama, barangan seperti kipas dan almari dilihat turut rosak selepas dirempuh dengan kuat.

Tarikh sebenar kejadian selain keadaan mangsa begitupun masih belum dapat dipastikan.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram