Pendaki wanita maut dipercayai kena sengat tebuan di Bukit Gambir


  • 112
  • Jumaat, 17 Nov 2023

Mangsa berusia 58 tahun tersebut meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. — Gambar hiasan

SEORANG wanita maut dipercayai akibat disengat tebuan ketika sedang mendaki di kawasan Bukit Gambir, di George Town, Pulau Pinang pada Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa berusia 58 tahun tersebut meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

"Pihak polis menerima laporan daripada seorang doktor di HPP memaklumkan seorang wanita meninggal dunia dipercayai akibat disengat tebuan ketika mendaki di kawasan Bukit Gambir.

"Proses bedah siasat akan dijalankan esok (Jumaat) bagi mengetahui punca sebenar kematian wanita itu," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi kira-kira 10 saat beberapa individu memberi bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa yang terbaring dipercayai disengat tebuan ketika mendaki di kawasan Bukit Gambir. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram