KEJADIAN banjir yang berterusan kini nampaknya mengakibatkan kesukaran buat para pengguna jalan raya terutama di Ipoh, Perak.
Tular sebuah video memaparkan seorang lelaki mengusung motosikalnya melalui jalan yang dipenuhi air akibat banjir di lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) di Ipoh pada Isnin.
Menerusi video yang dikongsikan di Facebook Malaysia Tribune, lelaki tersebut melakukan perkara itu kerana dipercayai enjin motosikalnya yang tidak dapat dihidupkan ketika itu.
Pada masa sama, beberapa kenderaan turut dilihat tidak dapat melalui kawasan jalan tersebut.
Video tersebut juga sempat dirakam oleh salah seorang saksi yang prihatin terhadap lelaki berkenaan yang dilihat sukar untuk bergerak melepasi air ketika itu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kebanyakan daerah di Perak mengalami ribut petir dan hujan kecuali di Bagan Datuk yang diramalkan cuaca baik pada sebelah malam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram