OSK Property bina semula kehidupan Orang Asli Kuala Krau menerusi inisiatif 'The Good Cause'


  • Bizz
  • Jumaat, 10 Nov 2023

Penerima rumah, Samid (empat dari kanan) dan CEO OSK Property, Ghee Bin.

SYARIKAT hartanah OSK Property menerusi anak syarikatnya, OSK Property dan OSK Construction berganding bahu bersama OSK Foundation tampil menyantuni masyarakat Orang Asli dengan melakukan program 'The Good Cause'.

Insiatif dari syarikat hartanah itu dilakukan di Kampung Paya Mendoi, Kuala Krau, Pahang, yang mana perkampungan Orang Asli itu mempunyai sejarah hitam apabila pernah dilanda banjir dahsyat pada 2014.

10 tahun berlalu selepas bencana yang 'merampas' tempat tinggal mereka, masyarakat Kampung Paya Mendoi kini mempunyai harapan untuk meneruskan permulaan hidup baharu apabila satu usaha dilakukan oleh Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM).

Antara kisah yang diangkat oleh POASM tentang kejadian itu adalah salah seorang penduduk Kampung Paya Mendoi, Samid Puteh yang kehilangan tempat tinggalnya dalam bencana banjir 2014.

Selepas air kembali surut, dengan pertolongan daripada penduduk kampung, Samid kembali bangun daripada kesedihan dengan membina sebuah kediaman sementara iaitu rumah kayu bagu sebagai tempat tinggal keluarganya.

RUMAH SAMID

Rumah kayu didiami oleh Samid dan keluarganya selama lebih sembilan tahun selepas banjir.

Selama bertahun-tahun, kediaman sederhana yang semakin usang itu menjadi 'syurga' untuk keluarga kecilnya walaupun hanya menawarkan sedikit keselesaan dan keselamatan untuk isteri dan empat anaknya yang semakin membesar.

Selepas sembilan tahun menanti bantuan dalam bentuk rumah, Samid dipilih oleh POASM sebagai penerima rumah baharu daripada Kumpulan OSK dan pembinaan kediaman tersebut mengambil masa tiga minggu ataupun kira-kira 1,578 jam oleh sepasukan 39 sukarelawan dan pekerja.

Difahamkan, insiatif diberi oleh OSK Property itu mengambil masa kira-kira setengah tahun jika mengambil kira keseluruhan proses pembinaan rumah tersebut bermula melibatkan perancangan, reka bentuk, pembelian bahan dan logistik.

"Saya amat berterima kasih dengan rumah baharu ini. Kini, kami sekeluarga akan tinggal dalam persekitaran yang lebih selesa dan kondusif, terutama untuk mendidik empat anak saya," katanya sambil suaranya bergetar menahan emosi.

RUMAH SAMID BARU

Kumpulan OSK menghantar rumah dua katil dan satu bilik mandi baharu kepada Samid.

Senyuman terpapar di wajah Samid dan keluarga pada 15 Oktober lalu apabila Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan OSK, Ong Ju Xing dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OSK Property, Ong Ghee Bin bersama Ketua Pegawai Operasi OSK Property, Lim Sow Wu menyampaikan set kunci untuk rumah baru kepadanya.

“Maksud di sebalik inisiatif 'The Good Cause' melangkaui sekadar program tanggungjawab sosial korporat, ia membuktikan komitmen kami untuk menyumbang dan menjadi sebahagian daripada masa depan yang lebih cerah bersama masyarakat.

"Projek Good Cause ialah cara kami mengucapkan 'terima kasih' atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh pihak berkepentingan kami. Ia juga merupakan cara kami untuk mengukuhkan ikatan yang kami ada dengan komuniti kami dan ia adalah mengenai memperbaiki kehidupan.

"Bagi kami, rumah bukan sekadar tempat perlindungan. Ia adalah asas yang menyediakan kestabilan dan keselamatan kepada keluarga seseorang," kata Ghee Bin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram