[VIDEO] Empat pekerja Myanmar dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan di Pulau Perhentian


  • 112
  • Khamis, 09 Nov 2023

Keadaan bangunan sebuah resort di Pulau Perhentian, Terengganu runtuh pada Khamis.

EMPAT pekerja dipercayai warganegara Myanmar dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang sedang dalam pembinaan di sebuah resort di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman berkata, kejadian tersebut juga menyebabkan empat lagi pekerja warganegara Myanmar mengalami kecederaan.

"Pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian tersebut pada pukul 7.34 pagi dan pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Besut telah bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Katanya mangsa yang cedera telah dihantar ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian untuk menerima rawatan dan pasukan penyelamat sedang mencari empat lagi mangsa yang dikhuatiri masih tertimbus.

JBPM juga telah memohon bantuan Unit Anjing Pengesan K9 serta Unit Udara untuk digerakkan ke lokasi kejadian, katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram