Tia Jinbara meninggal dunia akibat kanser hati


  • Hiburan
  • Khamis, 09 Nov 2023

Berita sedih itu disahkan sendiri oleh isteri Tia, Suzan Ahmad. — Instagram/suzzahmad75

BEKAS vokalis kumpulan Jinbara, Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, atau lebih dikenali sebagai Tia Jinbara meninggal dunia di Hospital Shah Alam, Selangor pada Rabu.

Berita pemergiannya itu disahkan sendiri oleh isterinya, Suzan Ahmad.

Difahamkan, arwah yang menghidap penyakit kanser hati itu menghembuskan nafas terakhirnya sekitar pukul 9.17 malam Rabu.

Sebelum ini, arwah disahkan menghidap kanser hati selepas mengadu sakit perut pada 1 November.

Berita mengenai pemergian Tia turut dirasai oleh peminatnya yang melahirkan ucapan takziah di media sosial.

"The legend Farhana 2003.. Al-fatihah untuk Tia..," tulis Fyred Red.

"Innalillahiwainnailahirojiun, salam takziah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh," tulis Tuan Hafiszu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram