Leisure Golf mudah dan 'on time!', KGMM sasar penyertaan lebih ramai golfer


  • Bizz
  • Isnin, 06 Nov 2023

Sebahagian pemain yang memeriahkan acara Leisuremania Golf di Bandung, baru-baru ini.

KOMUNITI Golf Melayu Malaysia (KGMM) berhasrat untuk menambah lagi penyertaan kejohanan bersiri Leisuremania Golf susulan kejayaan siri ketiga pertandingan itu di Bandung, baru-baru ini.

Pertandingan sambil bersantai itu dianjurkan dengan kerjasama Komuniti Golf Melayu Malaysia (KGMM), Malaysia Airlines dan Leisure Golf Services, melibatkan seramai 56 pemain amatur dari Malaysia.

Presiden KGMM, Safian Abdullah berkata, penambahan itu akan dibuat selepas sambutan hangat yang diterima dalam tiga acara santai golf itu yang diadakan sebelum ini di Jakarta, Bogoraya dan terbaharu di Bandung.

"KGMM bercadang untuk buka ruang lebih banyak penyertaan kepada 'golfer'.

"Sambutan sangat baik untuk acara ini, respons juga sangat banyak tapi ruang penyertaan adalah terhad.

"Sekarang ada lebih kurang 40 penyertaan, jadi lain kali mungkin kita sasar 60 hingga 80 penyertaan. Ini kerana ada kekangan pihak di sini termasuk pihak kelab golf kerana kita perlu buat permintaan terlebih dahulu sebelum menerima penyertaan," katanya.

photo1699196840 (1)

Safian Abdullah.

Safian juga mengajak lebih ramai pemain golf amatur dari Malaysia untuk terlibat dalam acara ini walaupun belum menjadi ahli.

"Di masa akan datang, kita akan buat besar lagi. Walaupun bukan ahli tapi kami terbuka dan hubungi kami.

"Kita pun dah mula wujudkan komuniti golfer yang ada di Bandung dan Indonesia untuk memudahkan kerjasama di masa akan datang antara pemain golf amatur Malaysia dan Indonesia," katanya.

Dalam pada itu, Safian berkata, KGMM memilih untuk bekerjasama dengan Leisure Golf Services disebabkan kualiti perkhidmatan yang disediakan syarikat agensi pelancongan itu.

"Kita sudah bekerjasama dengan Leisure Golf sudah memasuki tahun keempat dan kali ini kita fokus kepada siri Leisuremania Golf.

"Pertama, kita buat di Jakarta, kedua di Bogor Raya, kali ketiga di Bandung dan siri terakhir akan diadakan di Surabaya untuk tahun ini.

"Leisure Golf jadi pilihan sebab senang berurusan dan semuanya on time 'menepati masa', mudah dan selesa untuk kami," katanya.

Juara Leisuremania Golf kali ini dimenangi oleh Abdul Halim Ismail manakala tempat kedua dimiliki oleh Noor Hassan Hussain.

Tempat ketiga menjadi milik Azhar Ahmad dan keempat dimenangi oleh Imran Mohd Nor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram