Berlibur kembali ke Bandung dengan MAS, LGS tawar pakej hebat buat kaki golf


  • Bizz
  • Jumaat, 20 Okt 2023

MAS bekerjasama dengan LGS untuk menjayakan kejohanan golf ‘Leisuremania Golf Competition’.

KHABAR gembira menanti buat kaki libur apabila Malaysia Airlines (MAS) kembali menyambung penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Kertajati, Bandung bermula 30 Oktober ini.

Lebih menarik lagi, penerbangan terus Kuala Lumpur-Bandung ini menambahkan lagi destinasi MAS ke Indonesia kepada tujuh bandar raya termasuk Jakarta, Denpasar, Medan, Yogyakarta, Pekanbaru dan Surabaya.

Bukan sekadar untuk kaki melancong atau shopping, malah urusan mereka yang mahu menjalankan aktiviti riadah dan perniagaan juga dipermudahkan dengan pembukaan semula laluan penerbangan ini yang dihentikan setelah sekian lama.

Usaha ini bakal merangsang sektor pelancongan serta mengukuhkan hubungan dua hala antara dua negara.

Bersempena pelancaran penerbangan terus KLIA-Kertajati 30 Oktober ini juga, agensi pelancongan terkenal, Leisure Golf Services (LGS) berkolaborasi dengan MAS bagi menjayakan kejohanan golf ‘Leisuremania Golf Competition’.

Kejohanan itu akan berlangsung di Kelab Golf Parahyangan, Bandung pada 2 November. Bagaimanapun, sebelum kejohanan itu bermula, pihak LGS terlebih dahulu menyediakan dua pusingan awal golf iaitu di Kelab Golf Jatinagor dan Kelab Golf Mountain View kepada pemain yang menyertainya.

Untuk itu, LGS dengan kerjasama MAS menyediakan pakej menarik selama lima hari bermula tanggal 30 Oktober hingga 3 November ini pada harga RM1,990 dan RM2,390 dengan penginapan di hotel Grand Dafam Braga, Bandung.

Menurut penganjur bersama kejohanan, Dzulkarnain Baharudin, pihaknya menyasarkan seramai 32 pemain sahaja bagi menyertai Leisuremania Golf Competition dan sasarannya sudah dicapai.

Bagaimanapun, katanya, pihak LGS terpaksa menambah lagi bilangan peserta berikutan permintaan daripada ramai pemain golf yang ingin menyertai kejohanan itu.

“Oleh itu, mereka yang ingin menyertai Leisuremania Golf Competition ini boleh segera mendaftarkan diri dengan LGS secepat mungkin sebelum 23 Oktober ini,” katanya.

Selain MAS, penganjuran Leisuremania Golf Competition ini turut mendapat kerjasama daripada ADC Travel & Tour, Santai Golf dan Komuniti Golf Melayu Malaysia (KGMM).

Mereka yang ingin menyertainya kejohanan itu boleh menghubungi Dzulkarnain di talian 016-221 5426 dan Safian (012-500 2762). – Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram