Tiada perancangan untuk kembalikan sistem cukai GST — PM Anwar


  • Primer
  • Khamis, 02 Nov 2023

Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kerajaan ketika ini tiada perancangan untuk mengembalikan sistem cukai GST. — Bernama

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan ketika ini belum ada perancangan untuk meneruskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Kerajaan masih belum memutuskan untuk mengembalikan semula GST. Sebarang perubahan kepada dasar cukai perlu mengambil kira kesan kepada ekonomi dan kos sara hidup rakyat," katanya dalam jawapan bertulis Parlimen bertarikh 1 November 2023.

"Justeru, kerajaan akan terus memantau keadaan ekonomi semasa dan mempertimbangkan langkah fiskal yang bersesuaian dengan jangka pendek dan sederhana," katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan, menjawab soalan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanafi yang bertanya sama ada kerajaan bercadang untuk memperkenalkan semula GST di negara ini dalam jangka pendek dan sederhana.

Untuk rekod, terdapat gesaan daripada segelintir pihak supaya cukai kontroversi itu dikembalikan.

Pada 11 September, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pengenalan semula sistem cukai GST kekal sebagai pilihan.

Bagaimanapun, ketika mengumumkan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober lalu, Anwar sebaliknya berkata, kerajaan bercadang untuk menaikkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Cukai perkhidmatan dinaikkan daripada 6 peratus kepada 8 peratus tetapi tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi. — The Star / RAGANANTHINI VETHASALAM, MARTIN CARVALHO dan TARRENCE TAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram