TINDAKAN tiga lelaki dipercayai warga asing yang dirakam mandi dan menggunakan air tangki dari sebuah bangunan di USJ 21, Subang Jaya, Selangor mengundang perhatian warganet.
Dalam satu video berdurasi 19 saat yang tular di laman media, memaparkan perbuatan itu dilakukan tanpa sebarang pengetahuan mana-mana pihak.
Berpakaian mandi dan tenang mencuci baju di situ, lelaki terbabit dipercayai warga Bangladesh yang tinggal di kawasan berhampiran.
Situasi itu bagaimanapun disedari seorang individu yang merakamkannya dari bangunan bersebelahan.
Mendakwa ia sebagai satu perkara jijik dan kotor, rata-rata warganet menggesa agar pihak penguat kuasa menjalankan siasatan terhadap mereka.
"Pengotor betul warga asing ini, bayangkan dekat bawah bangunan itu ada restoran ataupun bilik sewa, naya semua minum air kotor bekas badan dia," kata Syafiq Musa.
"Macam mana dia boleh panjat atas dan mandi, memang itu tabiat di negara dia dibawa ke sini agaknya, polis pun tak perasan," ujar Farhaniszacs.
"Sampai ke atas bumbung dia panjat, mohon polis tolong siasat dan pantau aktiviti pendatang ni semua, dah melampau sangat macam negara ini dia punya je," jelas Nosya Ramli.
"Loya tekak tengok berulang kali, kotornya orang dekat bawah minum air sisa mandi dia, polis tangkap terus pendatang haram ini semua," tambah Amin Arif.
Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung perkara itu setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram