Lelaki dipercayai pelajar UPSI dikhuatiri hilang, ditemukan maut tepi sungai di Perak


  • 112
  • Rabu, 25 Okt 2023

Mayat mangsa yang ditemui di tepi sungai yang terletak di Lenggong, Perak pada Rabu. — Bomba Perak/Facebook

SEORANG lelaki yang dilaporkan hilang sejak Selasa telah ditemukan meninggal dunia oleh orang awam di tepi sungai di Kampung Bukit Sapi, Lenggong, Perak pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa berusia 27 tahun itu dikenali sebagai Saiful Azhar.

photo_6179203297848703494_y

Operasi pencarian mayat mangsa yang disertai oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Perak pada Rabu. — Bomba Perak

"Pihak bomba terima maklumat dari polis mengatakan ada seorang mangsa lelaki disyaki hilang sejak Selasa.

"Bomba melakukan operasi pencarian mangsa pada Rabu dan ketika ia dilaksanakan kami terima maklumat bahawa mangsa dijumpai orang awam di tepi sungai," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

photo_6179203297848703493_x

Gambar mangsa yang dikongsikan di media sosial. — Facebook/Zulaikha Kmz

Tambah beliau, mangsa yang meninggal dunia kemudiannya diserahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya.

Sementara itu, operasi tersebut juga diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Farizul Anuar Razali dilaporkan tamat pada pukul 9.50 pagi.

Dalam pada itu, di ruangan komen, ramai yang mendakwa mangsa yang berusia 27 tahun adalah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram