[VIDEO] Ajal ketika ke sekolah, pelajar maut kena rempuh lori di Jalan Kluang-Batu Pahat


  • Tular
  • Rabu, 25 Okt 2023

Letupan yang berlaku akibat daripada impak pelanggaran motosikal mangsa dalam kemalangan di Johor pada Rabu.

SEORANG remaja lelaki dipercayai pelajar maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori yang sedang membuat pusingan U di Jalan Kluang-Batu Pahat, Johor pada Rabu.

Menerusi video tular di media sosial sejak Rabu, mangsa tersebut dilihat merempuh sisi lori sehingga menyebabkan letupan sebelum kenderaan terbabit terbakar.

Berdasarkan informasi yang dikongsikan, kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 6.30 pagi ketika mangsa dalam perjalanan ke sekolah.

Berdasarkan video dashcam yang sempat dirakam oleh pemandu kereta di lokasi itu, sebuah lori dilihat membuat pusingan U secara mengejut menyebabkan mangsa gagal mengelak.

Pada masa sama, kejadian itu turut dikongsi oleh beberapa pengguna media sosial yang kecewa dengan pemandu lori berkenaan.

Sementara itu, media melaporkan polis yang dihubungi memaklumkan bahawa pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kemalangan berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram