Polis Taiping tahan suspek pecahkan patung kuil guna tukul


  • 112
  • Rabu, 18 Okt 2023

Keadaan patung kuil selepas disyaki dipecahkan oleh seorang lelaki di Taiping, Perak pada Rabu. — Facebook

POLIS menahan seorang lelaki kerana disyaki memecahkan patung di sebuah kuil di Matang, Taiping, Perak pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisoner Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 9.01 pagi dan kemudiannya berjaya menahan suspek berumur 23 tahun itu di rumahnya di Matang.

"Turut dirampas dua objek iaitu tukul yang dipercayai digunakan suspek untuk memecahkan patung terbabit.

"Jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM30,000 dan motif kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Razlam berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 427 dan Seksyen 295 Kanun Keseksaan serta permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Taiping bagi melengkapkan kertas siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram