Jual patung seks kanak-kanak, Hannah Yeoh desak polis buru pembeli produk 'sexymarina'


  • Primer
  • Ahad, 02 Jul 2023

Antara patung seks menyerupai kanak-kanak yang dijual secara dalam talian menerusi platform e-dagang.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menggesa pihak polis untuk bertindak tegas terhadap penjual dan pembeli anak patung seks seperti kanak-kanak yang dijual secara dalam talian.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, pihak berkuasa itu juga perlu polis meneliti identiti pembeli alat mainan seks terbabit.

"Mereka pastinya memerlukan kaunseling kerana ia adalah tingkah laku yang tidak normal.

"Rakyat patut dipuji kerana membangkitkan perkara itu dan menjaga kebajikan anak-anak kecil," katanya kepada pemberita selepas satu acara di Kuala Lumpur pada Ahad.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial mengecam penjualan patung seks berupa kanak-kanak di Shopee.

Dia memberitahu bahawa rakannya terjumpa patung seks itu dijual ketika melayari platform berkenaan.

Individu terbabit turut berkongsi pautan Shopee yang menjual patung-patung berkenaan pada harga antara RM1,400 hingga RM1,500 setiap satu.

Dalam satu kenyataan lain, Shopee memaklumkan telah mengeluarkan produk terbabit daripada senarai jualan dan menyekat akaun penjual 'sexymarina' secara kekal. The Star/ R. SEKARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram