
SEORANG wanita di Singapura sanggup melakukan pelbagai perbuatan jelek termasuk menyimbah air kencing di hadapan rumah jirannya kerana tidak berpuas hati dengan bunyi bising datang daripada unit berkenaan yang sedang direnovasi.
Perbuatan tidak senonoh Wang Su Chuan, 68 itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dekat unit kediaman tersebut.
Berdasarkan klip berkenaan, Su Chuan yang juga penduduk di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Bukit Panjang, Singapura dilihat mencurah air kencing dengan menggunakan baldi dan mop ke atas rak kasut jirannya yang terletak di luar rumah.
Ekoran daripada tindakannya tersebut, dia dijatuhi hukuman denda sebanyak 798 Dolar Singapura (RM2,760) oleh mahkamah di Singapura pada Selasa lalu.
Dalam kes tersebut, Su Chuan didakwa dengan antaranya dua pertuduhan iaitu melakukan khianat dengan senjaga dua pertuduhan salah laku menceroboh kediaman individu lain.
Kertas pertuduhan turut menyatakan bahawa bagi perbuatan itu mencurah air kencing pada kasut dan rak kasut jirannya, ia dilakukan pada 24 April 2021.
Selain itu, jiran terbabit juga secara berulang kali menerima gangguan daripada Su Chuan antara 4 Februari 2022 hingga 23 Jun lalu.
Semasa membacakan keputusannya, mahkamah berkata, walaupun wanita itu melakukan pelanggaran gangguan berulang kali, ia tidak melibatkan sebarang ancaman keselamatan kepada mangsa.
Dalam pada itu, jiran yang menjadi mangsa perbuatan tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Nur berkata, perkara tersebut sudah berlarutan sejak 2021 apabila abangnya meletakkan rak kasut arwah datuknya di luar unit kediamannya.
Ujarnya, Su Chuan tidak membenarkan perkara tersebut dengan alasan tempat itu adalah sebahagian daripada kawasan rumahnya..
Sejak itu, Nur berkata, wanita itu bertindak membuang barang-barangnya dan menyepahkan laluan di sepanjang koridor tingkat tersebut.
“Hampir setiap hari, dia akan melakukan perkara di luar kewarasan akal.
“Dia turut mencampak pasu bunga kami, penyapu dan membuang sampahnya di luar unit luar unit kami,” katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram