Jiran cedera ditetak 15 penyamun pecah masuk rumah di Dengkil


  • Tular
  • Ahad, 15 Okt 2023

Keadaan dalam sebuah rumah yang berselerak dalam kejadian rompakan di Dengkil pada Ahad.

DUA orang cedera parah ditetak dengan parang ketika kejadian rompakan oleh 15 orang penyamun di beberapa buah rumah di Kampung Revolusi Hijau Jenderam Dengkil, Selangor pada Ahad.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh salah seorang pemilik rumah terbabit di akaun Facebooknya, Khairul Zainal pada Ahad, rompakan tersebut berlaku pada pukul 2 pagi.

msg1050426791-17578

Gambar pintu pecah ketika kejadian yang dikongsikan oleh Khairul Zainal di Facebook.

Lebih mengejutkan, rompakan itu dilakukan oleh 15 orang dengan memakai topeng dan bersenjatakan parang dan tukul besi.

Berdasarkan informasi yang dikongsikan itu, difahamkan dua orang jirannya yang cedera parah akibat ditetak dengan parang namun, dia dan keluarganya terselamat kerana tidak berada ketika kejadian.

"Rumah kebun kami dan jiran-jiran kami di samun tengah malam tadi di Kampung Revolusi Hijau Jenderam Dengkil.

"Jiran kami dua orang cedera parah ditetak dengan parang. Kebetulan ibu bapa saya tidakk tidur di rumah itu semalam. Kalau tidak, mungkin mereka akan dicederakan jugak," tulisnya.

msg1050426791-17581

Penyamun tersebut juga dipercayai memecahkan cermin rumah mangsa ketika kejadian.

Menurutnya lagi, perompak berkenaan sempat mengambil barang kemas dan duit tunai bernilai kira-kira RM10,000 milik jirannya.

"Daripada maklumat yang diterima pihak polis, geng ini sedang aktif menyamun rumah yang agak ke dalam sikit. Sila berhati-hati ya semua," tambahnya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram