Pengawal keselamatan sekolah maut disyaki dibunuh tukang kebun di Ipoh


  • 112
  • Ahad, 15 Okt 2023

POLIS berjaya menahan seorang tukang kebun sekolah disyaki membunuh seorang pengawal keselamatan di Bandar Sri Botani, Ipoh, Perak pada Sabtu.

POLIS menahan seorang tukang kebun sekolah disyaki terlibat dengan satu kes bunuh seorang pengawal keselamatan di Bandar Sri Botani, Ipoh, Perak yang ditemukan maut di dalam pondok pengawal sekolah berkenaan awal pagi pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, polis menerima panggilan pada pukul 3.34 pagi mengenai seorang lelaki berusia 43 tahun ditemukan tidak sedarkan diri bersandar di dinding pondok pengawal keselamatan sekolah itu.

"Lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh petugas ambulans dari hospital Raja Permaisuri Bainun,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Susulan itu, beliau berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 55 tahun yang merupakan tukang kebun sekolah berkenaan dan merampas senjata yang disyaki digunakan suspek bagi membantu siasatan.

Yahaya berkata, siasatan awal terhadap mayat menunjukkan punca kematian pengawal keselamatan itu adalah kecederaan di bahagian abdomen akibat objek tumpul.

Sementara itu, kes yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram