Pemandu rentung, kereta terbakar selepas langgar pembahagi tol di Manjung


  • 112
  • Ahad, 15 Okt 2023

Kereta mangsa yang terbakar selepas melanggar pembahagi Tol Sitiawan di Lebuhraya WCE, Ipoh, Perak pada Ahad. — JBPM Perak

SEORANG pemandu maut apabila kenderaan yang dipandunya terbakar selepas melanggar pembahagi tol dalam kejadian di Plaza Tol Sitiawan, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dekat Manjung, Perak pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, bomba menerima panggilan pukul 11.25 malam dan setibanya jentera di lokasi kejadian, sebuah kereta Toyota SE didapati sedang terbakar.

"Seorang mangsa terperangkap di dalam kenderaan dan disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa yang rentung dan tidak dikenali telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram