[VIDEO] 'Kenapa cemburu dengan kami?', warga asing 'sound' individu dipercayai Ustaz Sophian


  • Tular
  • Rabu, 27 Sep 2023

Tangkap layar seorang warga asing meluahkan kemarahan pada pihak yang kerap menjalankan serbuan di premis haram.

SERBUAN dijalankan pihak berkuasa dan aktivis terhadap premis haram dimiliki warga asing di Kuala Lumpur baru-baru ini mula menerima tentangan daripada golongan pendatang asing.

Perkara itu boleh digambarkan menerusi satu perkongsian dimuat naik seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh yang meluahkan kemarahannya pada Selasa.

Bengang dengan situasi dihadapi, dia mendakwa segala tangkapan dilakukan adalah angkara kes cemburu dan dengki dengan kemewahan dimiliki golongan pendatang di negara ini.

"Kau itu cemburu sangat dengan kami kenapa? Orang Bangladesh kahwin dengan Melayu, dia nikah bukannya curi dan rompak.

"Tapi ada seorang Melayu itu kenapa cemburu? Cuba dengar, cari rezeki sendiri jangan tengok hak orang lain.

"Cuba tengok India dan Cina datang dari mana, tapi kau itu Melayu tapi masih tak boleh berjaya, terlampau harapkan orang Bangladesh, Pakistan dan warga asing untuk buat kerja," katanya.

Tidak mendedahkan nama dan identiti dimaksudkan, namun rata-rata warganet mendakwa individu itu adalah pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain.

Ia susulan individu tersebut merupakan antara aktivis yang kerap menjalankan serbuan terhadap premis haram di serata negara.

"Ini mesti kes Ustaz Sophian, makin berani bersuara di negara kita, harap polis ambil tindakan segera dan tahan mereka," kata Sharul Ghaz.

"Itu dia dah naik minyak, tak hormat langsung orang Malaysia, siap cabar dan bagi amaran pada kita," ujar Naina.

"Serbuan dijalankan Ustaz Sophian memang banyak dah membongkar kegiatan haram warga asing di Kuala Lumpur, tapi nampaknya mereka tak berdiam diri dan berani bidas kita semula," tambah Amirul Haziq.

Untuk rekod, Ustaz Sophian sememangnya aktif dalam menjalankan serbuan ke premis haram yang melibatkan pekerja warga asing di dalam negara.

Terbaharu, individu berpengaruh itu tampil menyerbu sebuah premis manisan di Kuala Lumpur setelah mendapati perniagaan dijalankan tidak memiliki lesen yang sah.

Lantang bersuara soal kelulusan dan permit pekerja warga asing di premis berkenaan, Ustaz Sophian menggesa agar pihak berwajib turun dan membuat tinjauan rasmi di lokasi berkenaan.

Namun, masih belum ada sebarang kenyataan polis berhubung rakaman tular tersebut dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta untuk hadir dan membuat laporan ke pihak berwajib dengan kadar segera. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram