Dituduh 'makan' duit derma Palestin, NGO teliti dakwaan aktivis


  • Massa
  • Sabtu, 14 Okt 2023

Selain prihatin dalam memberi sumbangan, rakyat Malaysia juga tetap kekal bersolidariti bersama Palestin. — Agensi

SUASANA tegang di Palestin sejak berlakunya serangan balas tanpa henti oleh Israel yang menyaksikan lebih 1,055 rakyat Gaza terkorban telah membuka mata dunia.

Terkesan dengan penderitaan yang dilalui penduduk Palestin, rakyat Malaysia sentiasa menunjukkan keprihatinan dan sanggup memberi bantuan dalam pelbagai cara terutamanya melalui bantuan sumbangan wang kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab.

msg1050426791-17527

Keadaan rakyat Palestin yang menyayat hati ramai.

Namun, setiap bantuan atau pertolongan yang mahu disumbangkan, pentingnya untuk meneliti dan menyemak sama ada saluran yang dilakukan adalah sahih.

Hal ini kerana, sindiket penipuan juga dilihat sering berlaku terutamanya dalam kalangan NGO yang memancing orang ramai dengan isu Israel-Palestin.

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang penyelewenang dana derma kepada Palestin yang dilakukan sebuah NGO terkenal di Malaysia.

Menurut hantaran yang dikongsikan oleh aktivis Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin di Facebook pada Jumaat, dia mendakwa bahawa terdapat sebuah NGO yang dipercayai menggunakan duit penderma sebagai 'caj' operasi pada 2021.

Menerusi perkongsian itu, Aliff turut memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan laporan audit ketika mahu menyalurkan bantuan ke Gaza pada tahun itu.

Pada masa yang sama, Aliff mendakwa bahawa NGO terbabit telah menggunakan 30 peratus iaitu sebanyak RM34 juta duit penderma untuk menampung kos pengurusan dan operasi.

Screenshot (467)

Antara hasil sumbangan rakyat Malaysia yang musnah akibat serangan rejim Zionis pada 7 Oktober.

Bukan itu sahaja, dia turut mendakwa bahawa sebanyak RM114.5 juta merupakan hasil kutipan namun hanya RM70.26 juta sahaja yang dihantar ke Gaza pada 2021.

Malah dalam hantarannya itu, aktivis berkenaan turut mempersoalkan jumlah perbelanjaan kenderaan yang digunakan iaitu melibatkan jumlah lebih RM2 juta selain kegunaan ubah suai bernilai lebih RM 1 juta.

Bagaimanapun, Ahmad Aliff turut mengimbangi dakwaannya itu dengan menunjukkan data semakan laporan audit pada 2015 yang menunjukkan kutipan sebanyak RM20 juta dan perbelanjaan operasi sebanyak RM4.5 juta atau kira-kira 20 peratus daripada hasil kutipan.

"Inilah sebab aku push (minta) untuk audit. Lepas audit, aku dapat figure (angka) yang aku tunggu. Iaitu berapa diorang (mereka) 'makan' untuk cost of sales (jualan), operating cost (kos operasi) dan management fee (kos pengurusan).

"Kalau kau audit, tapi 90 peratus kau balon (ambil), 10 peratus je kau bagi Palestin, tak patut juga. Betul tak?

"Korang (Anda) tau tak RM30 juta expenses (perbelanjaan) setahun ni sama level (tahap) dengan beberapa listed company punya expenses. Let say (katakan) RM30 juta ini sebagai gross profit, korang kasitau aku, apa perniagaan yang takyah (tak perlu) modal boleh dapat gross profit RM30 juta?," soalnya.

Sementara itu, pihak pengurusan NGO tersebut ketika dihubungi Majoriti memaklumkan pihaknya mengambil maklum akan perkara itu.

Bagaimanapun, pihaknya akan meneliti dakwaan yang dilemparkan itu terlebih dahulu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram