Rezeki lepas kemalangan, juruteknik penyelenggaraan syukur menang hadiah mingguan lepas langgan Majoriti


  • Bizz
  • Ahad, 08 Okt 2023

Redduan, salah seorang pemenang mingguan kempen Langgan dan Menang Majoriti bersama ahli keluarga tercinta.

BERSYUKUR dengan rezeki yang dikurniakan ALLAH, Muhammad Redduan Ahmad, 35, terpilih sebagai salah seorang pemenang kempen Langgan dan Menang Majoriti bagi minggu keenam.

Redduan yang mendedahkan bahawa dirinya baru sahaja terlibat dalam kemalangan di tempat kerja juga meluahkan rasa gembiranya dan terharu selepas diumumkan sebagai pemenang bertuah.

Bagaikan takdir yang sudah tertulis, Redduan tertarik untuk mencuba nasib dengan menyertai kempen ini ketika melayari laman sesawang Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) selepas kemalangan pada 6 Ogos lalu.

msg1050426791-17199

Redduan, pemenang kempen Langgan dan Menang minggu keenam.

Menurut ayah kepada dua orang anak itu, dia juga tidak teragak-agak untuk berkongsikan hadiah utama yang paling diidamkan jika bertuah.

"Dalam banyak-banyak hadiah utama yang ditawarkan, kalau ikutkan, memang saya nak rumah.

"Mana tahu kalau saya boleh pindah ke Selangor sebab sekarang pun saya berulang-alik dari Penang ke Kedah untuk bekerja," katanya kepada Majoriti.

Tambah pemenang yang merupakan seorang juruteknik penyelenggaraan di sebuah syarikat di Kedah, jika kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor itu bukan rezekinya, tiket percutian ke Taiwan juga menjadi antara hadiah utama yang diidamkannya.

"Sebelum ini saya memang tidak pernah ke luar negara, jadi kalau dapat tiket percutian ke Taiwan memang sangat-sangat bersyukur," katanya.

Bukan itu sahaja, Redduan juga tidak menafikan bayaran yang dikenakan untuk langganan eksklusif Majoriti sangat berbaloi dan murah jika mahu dibandingkan dengan harga hadiah yang ditawarkan.

Dalam pada gembira dengan hadiah mingguan berupa minyak wangi Carolina Herrera Bad Boy EDT 50 ml yang dimilikinya, dia juga sempat memuji kelebihan informasi yang dikongsikan oleh portal Majoriti.

"Selain kempen ini, saya juga dapat lihat info-info yang ada dalam portal ini memang sangat bagus dan baik bagi saya," katanya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram