Demi keluarga tercinta, kondo LEA by The Hills jadi idaman Shazwan dan isteri


  • Bizz
  • Khamis, 05 Okt 2023

Shazwan, pemenang minggu keenam bersama hadiahnya di Menara Star, Petaling Jaya pada Selasa.

TERUJA dengan pelbagai hadiah utama yang ditawarkan, pemenang kempen Langgan dan Menang, Shazwan Razali, 28, tidak dapat menafikan bahawa hadiah utama menjadi buruannya.

Walaupun hadiah utama berupa sebuah kondominium menjadi sasarannya, Shazwan juga tidak menolak jika rezeki tertulis dia boleh meraih tuah untuk memenangi kerusi OGAWA VPresto.

msg1050426791-17063

Pemenang hadiah mingguan kempen Langgan dan Menang minggu keenam bersama isteri tercinta.

"Kalau boleh saya memang mahukan rumah sebab saya pun dalam rancangan untuk mencari rumah tetap.

"Tapi jika tidak ada rezeki, hadiah kerusi OGAWA pun jadi, sekurang-kurangnya boleh hilangkan rasa penat selepas bekerja," katanya kepada Majoriti.

Tidak hanya itu, Shazwan yang juga merupakan seorang kakitangan di sebuah bank di Damansara Utama, Selangor meluahkan rasa gembiranya selepas diumumkan sebagai pemenang hadiah minyak wangi Nina Ricci Nina Rouge EDT 80 ml.

Bukan hanya hadiah yang menjadi faktor untuk dia menyertai kempen ini, malah harga langganan yang murah dan berbaloi menarik perhatiannya.

"Jumlah itu tak dinafikan sangat berbaloi dengan hadiah yang saya terima setakat ini.

"Saya pun selalu tengok portal ini juga dan tahu mengenai kempen ini melalui siaran langsung yang sering dilakukan oleh Majoriti di TikTok," tambahnya.

Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif.

Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram