[VIDEO] Kecoh 2 drama, 1 malam babitkan geng motor di Senawang


  • Tular
  • Ahad, 08 Okt 2023

Suasana riuh yang berlaku dipercayai akibat pergaduhan yang berlaku di Senawang pada Sabtu malam.

SEKUMPULAN geng motor dipercayai bergaduh di sebuah parkir motosikal berdekatan deretan premis di Senawang, Negeri Sembilan pada Sabtu malam.

Pada masa sama, satu lagi kejadian berasingan berlaku yang mana terjadi kemalangan membabitkan sekumpulan mat motor juga berlaku di lokasi berhampiran.

Dalam kejadian pertama, berdasarkan video yang dimuat naik di TikTok oleh @greddy pada Sabtu, kedengaran suara beberapa orang lelaki sedang marah-marah di kawasan tersebut.

Dalam video yang tular di media sosial sejak Ahad, difahamkan punca pergaduhan adalah kerana salah seorang daripada geng motor tersebut membuat teguran berkaitkan parkir.

Selain itu, pergaduhan itu juga difahamkan melibatkan aksi pukul-memukul dengan menggunakan helmet namun, tidak diketahui sejauh mana kesahihannya.

Pada masa sama, menerusi beberapa komen yang ditulis dalam video berkenaan, ada yang mengatakan terdapat satu kemalangan yang berlaku di lokasi berkenaan pada waktu yang sama.

Menjengah ke ruangan komen, mangsa yang menggunakan akaun @ChildEmperor mendedahkan kemalangan yang berlaku ketika itu.

"Saya yang kemalangan di bawah tu dengan kawan. Yang langgar (kami) lori.

"Saya Alhamdulillah tiada apa-apa, cuma kawan kaki berlubang," katanya.

Setakat ini, masih belum ada sebarang tindakan atau kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram